≡ Menu

[FAKTA] 10 Bagunan Paling Besar Di Dunia




Berikut merupakan 10 bangunan terbesar yang pernah dibina di dunia. Bangunan-bangunan ini semua memerlukan pelaburan yang sangat besar dan boleh digolongkan sebagai pelaburan hartanah yang sangat mahal. Korang boleh bayangkan tak berapa banyak wang yang dilaburkan untuk membina bangunan sebegini dan paling best kat sini…Malaysia juga tersenarai dalam top 10 nih. Jadi mari kita lihat senarai bangunan-bangunan terbesar yang pernah dibina dalam sejarh manusia.

10. Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand: 563,000 m²

Dapat dikatakan bahawa Lapangan Terbang Suvarnabhumi merupakan lapangan terbang terbesar di asia tenggara. Ini kerana lapangan terbang ini mempunyai ruangan ketibaan/pelepasan yang sangat besar dan begitu juga dengan ruang kawalan serta kawasan pentadbirannya juga. Selain itu, lapangan terbang ini mempunyai menara kawalan penerbangan yang tertinggi di dunia. Keluasan keseluruhan bangunan ini dikatakan sebanyak 563,000 m² (Tidak termasuk tapak landasan).

Lagi Gambar

9. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, China: 570,000 m²

Hong Kong International Airport ini juga dikatakan sebagai lapangan sebagai antara lapangan terbang paling sibuk di dunia. Bangunan lapangan terbang ini memiliki keluasan 570.000 m² dan sebahagian besar dindingnya dibuat daripada kaca.

8. K-25, USA: 609,000 m²

K-25, Amerika Syarikat merupakan pusat pengeluaran/penguraian uranium dan penyelidikan nuklear di Tenesse, Amerika Syarikat. Bangunan ini dibina pada tahun 1945 dan kos pembinaannya dikatakan menjangkau 512 juta dolar. Luas bangunan ini adalah sekitar 609,000 m² dan mempunyai bangunan berbentuk U.

7. Pentagon, USA: 610,000 m²

Merupakan markas tentera dan pusat operasi Amerika Syarikat. Maka tak hairanlah jika pentagon memiliki kawasan yang sangat luas kerana ada banyak simpanan senjata dan pelbagai teknologi ketenteraan di bangunan Pantagon, Amerika Syarikat ini. Bagi luas keseluruhan bangunan ini dikatakan mencapai 610,000 m².

6. Bangunan Palazzo, USA: 645,581 m²

Kedudukan keenam masih menjadi milik Amerika Syarikat juga, tapi kali ini bukan markas atau bangunan tentera, Ini adalah grand hotel dan kasino yang terletak di Amerika Syarikat iaitu palazo Hotel. Ia merupakan sebuah bangunan mewah dengan pembinaan kelas pertama. Luas bangunan ini mencapai 645,581 m².

5. Berjaya Times Square, Malaysia: 700,000 m²

Berjaya Times Square adalah pusat beli belah dan hiburan terbesar di Malaysia. Di Berjaya Times Square, ada hotel berbintang dua hingga lima, pusat membeli-belah, pejabat, Indoor Garden, dan kemudahan mewah yang lain. Luas bangunan ini mencapai 700 000 m².

KakiHeboh.com : Aku ingat OU paling besar …hehe

4. Bangunan Venetian, Makau, China: 980,000 m²

Sebagai destinasi pelancongan utama dan arena perjudian Dunia, Macau memerlukan tempat yang kompleks di mana terdapat kasino, hotel, mall dan sebagainya, dan BangunanVenetian adalah jawapannya. Tempat ini memenuhi semua keperluan pelancong sebagai tempat Keselesaan di Macau. Keluasan bangunan ini dikatakan kira-kira 980 000 m² . Kompleks ini dibina oleh syarikat pelaburan hotel yang dimiliki oleh Sheldon Adelson.

3. Lapangan Terbang  Antarabangsa Beijing, China: 986,000 m²

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China ini merupakan lapangan terbang terpenting di China. Lapangan Terbang ini, menduduki carta nombor lapan dalam senarai lapangan terbang tersibuk di dunia dan merupakan lapangan terbang yang kedua terbesar di dunia. Kawasan lapangan terbang ini mencapai 986,000 m².

2. Aaalsmeer Flower Auction, Belanda: 990,000 m²

Aaalsmeer Flower Auction merupakan pusat pasar bunga terbesar di dunia. Setiap hari, berjuta-juta bunga disimpan disini untuk dipasarkan ke Belanda dan seluruh Eropah. Luas bangunan pasar bunga terbesar di dunia ini dikatakan mencapai 990,000 m².

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai: 1,500,000 m²

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai merupakan lapangan terbang terbesar di dunia, dengan 97 eskalator, 157 lif, 180 check-in counter, dan ruang letak kereta yang boleh menampung hingga 2600 kereta yang juga membuat lapangan terbang ini dipilih sebagai bangunan terbesar di dunia dengan jumlah luas bangunan mencapai 1,500,000 m². Sekaligus ia dikatakan sebagai bangunan yang mempunyai pelaburan tanah terbesar di dunia.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment