≡ Menu

[FAKTA] 10 Jalanraya Paling Merbahaya Di Dunia

Kalau di Malaysia, jalanraya yang dikatakan merbahaya rasanya adalah seperti jalanraya yang menghala ke Genting Highlands, Lebuhraya Timur-Barat dan beberapa tempat lagi di Utara kan?Tapi di luar negara, ada lagi jalanraya yang lebih merbahaya daripada itu. Tak tahulah macam mana pemandu-pemandu disana mengharunginya lagi-lagi kalau mereka bertembung dengan kenderaan lain hmm….Apa-apapun, kami ada senarai jalanraya tersebut untuk tatapan anda sekalian.

 

Stelvio Pass Road, Italy

Di kawasan perkampungan Timur  Banjaran Alps, Itali terdapat suatu jalan yang menakjubkan dan menggerunkan. Jalanraya yang berbentuk zig-zag yang berada 1.7 batu dari aras laut serta mempunyai sudut hampir 48 darjah lenkung/lencongan merupakan salah satu jalanraya yang merbahaya di Itali.

Baca Lagi

 

Trollstigen, Norway

 

Trollstigen disini bermaksud “Troll’s Ladder”. Apa yang membuat ia dinamakan sedemikian rupa adalah disebabkan jalanrayanya yang sangat sempit. Hanya orang yang biasa menggunakan jalanraya ini sahaja yang dapat melepasi/melalui jalanraya ini. Selain itu, batu-batuan juga kerap tergelincir atau terjatuh di atas jalanraya ini. Tetapi apa yang membuatkan ramai pelancong melalui jalanraya ini ialah kerana ia adalah satu-satunya jalanraya yang boleh membawa mereka ke sebuah air terjun yang tercantik di dunia yang mempunyai ketinggian lebih dari 1000kaki.

(KakiHeboh.com: Rasanya kalau tu lah sebab mereka nak ke sana ..lebih baik tak payah pergi.)

 

Col de Turini, France

 

Jalanraya ini merupakan salah satunya jalan yang menghubungkan ke Monte Carlo Rally dan ia dikatakan mengorbankan seramai 34 orang. Walaupun jalanraya ini agak merbahaya, ia adalah antara jalanraya paling sibuk dan kerap digunakan oleh penduduk disana.

 

North Yungas Road, Bolivia

 

Jalanraya yang dikenal sebagai “Jalan Maut” ini adalah antara jalanraya yang paling gerun dan ngeri di dunia. Apa yang ngerinya, anda perhatikan jalanraya tidak mempunyai garisan (single-lane road) serta jalan yang terlalu sempit. Jalanraya ini juga tidak bertar dan tersangatlah bahaya sekiranya pada waktu hujan. Selain itu, jalanraya ini juga tidak mempunyai penghadang jalan -_-!

 

 

Taroko Gorge Road, Taiwan (Chungheng)

 

Jalanraya ini terdiri daripada laluan ber trowong tanpa lampu dan sesiapa yang mungkin merbahaya kepada pemandu-pemandu yang melalui jalanraya ini. Namun begitu, banyak pelancong kerap melalui jalanraya ini kerana ia adalah satu-satunya tempat untuk menikmati pemandangan taman negara di tempat tersebut.

 

 

 

Los Caracoles Pass, Andes

 

Merupakan jalanraya yang sangat popular dikalangan penduduk disana yang melalui Banjaran Andes iaitu antara Chile dan Argentina. Jalanraya ini dikatakan merbahaya kerana hampir setiap tahun ia diliputi salji serta tidak mempunyai penghadang jalan.

 

 

Lena Highway, Russia

 

Ia juga turut dikenali sebagai “Jalan Raya Dari Neraka.” Jalan ini sejajar dengan Sungai Lena. Semasa musim salji, jalan ini agak susah dilalui kerana jalannya sangat licin dan sekiranya pada waktu biasa pula, ia akan diliputi dengan lumpur dan jalan yang berair lebih-lebih lagi pada musim hujan.

 

 

Guoliang Tunnel Road, China

Inilah antara jalan yang berada di dalam gunung (terowong). Ia mempunyai lebar sekitar 5 meter dan 4 meter tinggi. Sungguhpun nampak berbahaya, jalanraya ini tidak pernah mengalami sebarang kemalangan yang mengakibatkan kenderaan pun.

 

 

Atlas Mountains Road, Morocco

 

The Dades Gorge di Magribi ini merupakan jalanraya di kawasan gunung yang mempunyai selekoh yang paling banyak. Dan mungkin sebab itu, ia dimasukkan di dalam senarai jalanraya paling merbahaya.

 

 

The Way to Fairy Meadows, Pakistan

Sekiranya anda lalu di jalanraya ini, janganlah cuba-cuba melihat kebawah ..memang tersangatlah cuak dan gerun sekiranya anda melihatnya. Jalanraya ini juga tidak mempunyai penghadang dan ia sangat merbahaya kepada pemandu-pemandu yang tidak pernah melalui jalanraya ini.

 

 

Grimsel Pass, Switzerland

Jalanraya ini terletak lebih daripada satu batu di atas permukaan laut dan jalan bercerun ini membawa anda melalui pergunungan Switzerland antara lembah Sungai Rhone dan lembah Haslital. Walaupun mempunyai penghadang jalan serta lampu jalan, jangan rasakan anda sudah selamat kerana apa-apa pun boleh terjadi sekiranya tersilap langkah.

 

 

 

Grimsel Pass, Switzerland
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment