≡ Menu

[FAKTA] 10 Lubang Yang Paling Menakjubkan di Dunia




1. The Door to Hell – Uzbekistan

Lubang yang lebih dikenali sebagai ” The Door To Hell” mempunyai bentuk yang seakan-akan seperti lubang yang menghubungkan terus dengan perut bumi. Lubang yang terletak berdekatan dengan kota kecil Darvaz di Uzbekistan ini diselimuti oleh api yang menyala secara berterusan tanpa henti. Dikatakan, kononnya ia sudah menyala lebih dari 35 tahun lamanya.

Menurut para peneliti dan ahli geologi lain, lubang ini boleh dikatakan sebagai menakjubkan kerana ia tidak mengeluarkan gas-gas yang beracun, tidak seperti kebanyakan lubang-lubang raksasa yang lain. Ada juga teori lain tentang proses pembentukan lubang ini yang mengatakan lubang ini wujud disebabkan keajaiban alam.

Namun ada segelintir daripadanya pulak yang menganggap lubang ini terjadi disebabkan hentaman meteor berskala besar. Ada juga yang mengatakan bahawa ia akibat dari kecelakaan disebabkan proses pendedahan gas asli pada tahun 1986 yang menimbulkan ledakan besar pada lubang tersebut. Namun satu teori pun dianggap betul.

Lagi Gambar

2. Kimberley Hole – Afrika Selatan

Lubang  besar yang dikenali sebagai Kimberley Hole ini terletak di Afrika Selatan mempunyai kedalaman setinggi 1.097 meter dan garis tengah lubang sepanjang 463 meter. Lubang ini merupakan hasil daripada cari gali manusia dari tahun 1866 hingga 1914, kemudian ditutup oleh kerajaan. Sebanyak 50,000 penggali telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih daripada 3 tan berlian. Jumlah tanah yang dibuang hasil daripada penggalian ini kira-kira sekitar 22,5 juta tan tanah.

3. Glory Hole – Monticello Dam, California

Lubang ini merupakan injap yang terbesar di dunia. Lubang ini digunakan untuk mengurangkan jumlah isipadu air apabila air sudah melebihi kapasiti yang ditetapkan. Daripada ukuran ini berkemungkinan sebanyak 14,400 padu air disalirkan setiap saat. Lokasi lubang ini berada di Empangan Monticello di California, Amerika Syarikat.

4. Bingham Canyon Mine – Utah

Lubang ini juga dikorek oleh manusia untuk tujuan perlombongan. Kerja-kerja mengorek ini dimulakan pada tahun 1863 dan masih terus berlangsung hingga sekarang. Pada saat ini, ukuran lubang sudahpun mencapai kedalaman 0.75 batu (1.2 km) dan lebarnya 2.5 batu (4 km).

5. Great Blue Hole – Belize

Fenomena geografi yang luar biasa ini dikenal sebagai Blue Hole. terletak 60 batu dari daratan Belize. Di  dunia ini ,terdapat banyak blue hole, akan tetapi tidak sama seperti lubang yang menakjubkan di Belize. Permukaan diameter lubang ini sebesar 0.25 batu, dengan kedalaman mencapai 145 meter. Lubang ini juga tidak pernah lekang dengan kunjungan penyelam-penyelam yang berkunjung di situ.

6. Mirny Diamond Mine – Serbia

Lubang ini juga merupakan hasil daripada perlombongan berlian dan ia dikatakan mempunyai kedalaman 525 meter dengan diameter 1,200 meter. Lubang ini pernah diwartakan sebagai zon larangan terbang kerana beberapa helikopter pernah jatuh ke dalam lubang tersebut tanpa alasan yang tidak jelas.

7. Diavik Mine – Kanada

Lubang ini terletak  300 km dari timur laut, Yellowknife, Kanada. Ia adalah lombong yang sangat besar dan memiliki kawasan lombong yang sangat luas sehingga ia juga memiliki lapangan terbang sendiri dengan landasan yang cukup besar untuk menampung sebuah Boeing 737.

Musim sejuk di Diavik Mine

8. Sink Hole – Guatemala

Pada tahun 2007 terjadi sebuah sink hole Z(lubang benam) sedalam 300 kaki yang dikatakan boleh menelan Patung Liberty, AS. Sinkhole ini terjadi akibat daripada air (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada skala besar, sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bawah tanah.

Dan ketidakstabilan alam sebegitu menyebabkan permukaan tanah “collapse” atau runtuh ke dalam bumi sehingga mengakibatkan belasan rumah tenggelam dan membunuh 3 orang.

9. Morning Glory Hole – USA

Ia merupakan salah satu kolam renang air panas yang paling menarik dan tercantik di taman Yellowstone. Ia diberi nama, The “Morning Glory Pool” kerana persamaannya dengan sebuah bunga morning glory. Ia juga adalah kolam air panas yang diwarnai oleh alga panas cinta yang tumbuh di dalamnya.

10. Well Of Chand Baori – India

Sumur (takungan air/perigi) luar biasa yang terletak di Chand Baori, India ini dibina semula pada abad ke-10 . Ia  merupakan penyelesaian praktikal untuk masalah air di kawasan tersebut. Iklim yang kering memaksa penduduk sekitar untuk menggali lebih dalam lagi untuk mendapatkan sumber air dan keadaan ini biasanya berlaku sepanjang satu tahun penuh.
Chand Baori ini berketinggian 30 meter, mempunyai 13 tingkat dan 3,500 langkah. Legenda pernah mengatakan sumur ini dibina oleh hantu yang telah membinanya dalam satu malam dan yang telah begitu banyak langkah untuk membuat tidak mungkin bagi seseorang untuk mengambil syiling selepas itu terjatuh dalam perigi.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment