≡ Menu

[FAKTA] 10 Makanan Yang Menjijikkan

Seperti yang kita lalui setiap hari, perut yang kosong akan menyebabkan kelaparan dan harus di isi dengan makanan yang berzat untuk mengekalkan keperluan badan kita. Citarasa setiap individu terhadap makanan yang diambil juga adalah berbeza dengan setiap individu yang lain. Pada kali ini, kami ingin memaparkan kepada anda tentang citarasa makanan yang jijik dan yang menjadi tumpuan sesetengah individu ini.

 

10. Otak Monyet Hidup di China 

otak

 

Otak monyet yang masih hidup dikatakan boleh mengubati masalah sulit pada lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina iaitu kekuatan semasa bersetubuh. Di China, mereka mempercayai bahawa otak monyet yang masih hidup iaitu ketika otaknya yang masih berdenyut merupakan ubat yang paling mujarab sebagai pengganti untuk ubat kuat yang lain. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung dan kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan. Hanya sampai pensan! Bukan sampai mati! Kemudian kulit kepala bahagian atas dikupas untuk menyeduk otaknya secara mentah dan disentap atau dimakan dengan menggunakan straw.

KakiHeboh.Com : Sluuuurp!~ ahhhh….
Baca lagi..

9. Ulat Rebus di Botswana 

ulat rebus

 

Suku kaum yang tinggal di pedalaman Botswana memilih untuk makan ulat Mapone sebagai menu makan seharian mereka. Ulat dikumpulkan akan dimasak dimakan bersama-sama dengan sanak saudara.

 

8. Janin Telur Itik di Filipina 

janin itik

 

Di Filipina, telur itik yang telah mencapai umur lebih kurang 2 minggu atau lebih dimana ianya telah berubah menjadi janin akan dimasak dengan cara rebus lalu dimakan dengan menggunakan sos dan kicap masin. Telur ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi!

 

7. Sos dari Sperma Ikan Mas di Hungaria 

sperma ikan mas

 

Di negara Hungary pula, sperma Ikan Mas akan diolah serta akan dicampur dengan susu. Ianya untuk dijadikan sebagai suatu bahan baru iaitu sos dan kebiasaannya disajikan bersama sup ayam.

 

6. Bola Mata Ikan Tuna di Jepun 

mata ikan tuna

 

Hanya terdapat di Jepun. Bola mata Ikan Tuna yang masih mentah akan dimakan yang dikenali sebagai “Cemilan”. Bola mata Ikan Tuna ini dipercayai boleh menambah stamina ketika sedang melakukan apa-apa sahaja aktiviti berat.

 

5. Steak Daging Buaya di Singapura 

steak buaya

 

Kita ke negara jiran kita pula iaitu di Singapura. Makanan exotic ini iaitu daging anak buaya akan dimasak menjadi steak buaya. Bahagian paha, tangan dan kaki menjadi pilihan untuk disajikan bersama kentang goreng. Hanya restoran-restoran ekslusif tertentu di Singapura sahaja yang menyajikan menu istimewa ini.

 

4. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur 

sperma ikan kod

 

Makanan jijik yang menjadi pilihan oleh sesetengah individu di wilayah Asia Timur pula mengumpul segumpalan sperma ikan Cod dan memprosesnya menjadi sedemikian rupa seperti didalam gambar. Ianya menjadi menu santapan di hotel-hotel 3 ke 5 bintang dengan harga yang sangat mahal.

 

3. Soya Busuk di China 

soya busuk

 

Soya yang telah busuk akan dijemur dan akan diproses untuk dijadikan menu makanan mereka. Dan Ya! Ianya hanya terdapat di negara China sahaja.

 

2. Daging Tikus Goreng di China 

daging tikus

 

Banyak tikus yang biasa dilihat berkeliaran dan merosakkan padi di kawasan sawah para petani di China. Mereka geram lalu memasak tikus-tikus ini dan dijadikan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di China. Daging tikus yang telah diletakkan perisa akan digoreng dan akan dimakan dengan menggunakan lada sulah sebagai bahan tambahan untuk penyedap. Daging tikus juga dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.

 

1. Burger “Cindil” di China 

burger

 

“Cindil” atau lebih senang untuk difahami iaitu anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuat tubuh lebih sihat! Selain itu, “cindil” juga mempunyai kandungan protein yang tinggi. “Cindil” juga dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, sajian “cindil” dipelbagaikan dan salah satunya adalah dengan burger ini.

KakiHeboh.Com : Korang ade berani tak nak test makanan-makan ni semua?

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment