≡ Menu

[FAKTA] 10 Masjid Tertua Di Dunia




Masjid merupakan rumah ibadah bagi semua penganut agama Islam. Masjid bererti tempat sujud, dan masjid yang berskala kecil disebut sebagai musholla atau surau. Selain tempat ibadah, masjid juga merupakan pusatkomuniti buat masyarakat muslim. Kegiatan setempat,perbincangan, ceramah dan pembelajaran Al Qur’an sering dilaksanakan di Masjid. Berikut merupakan antara masjid tertua pernah dibina dalam sejarah Islam.

10. Masjid Al-Zaytuna


Tahun dibina: 709
Negara: Tunisia

Masjid al-zaytuna, atau ez-zitouna atau ezzitouna adalah sebuah masjid yang terbesar di Tunisia iaitu berdekatan dengan pantai utara Afrika.

 

Teruskan Baca

 

9. Masjid Al-Aqsa


Tahun dibina: 705
Lokasi: Tebing Barat
Negara: Palestin

Masjid al-aqsa, merupakan tempat suci islam di kota lama Palestin. Masjid ini (bersama dengan kubah batu), juga disebut sebagai Al-Haram Ash-Sharif atau “Holy Noble Sanctuary” yang dikatakan tempat suci buat penganut yahudi. Masjid ini merupakan kiblat pertama bagi penganut agama islam sebelum ditukar kepada Kaabah di Makkah. Disini juga merupakan tempat dimana peristiwa Israk Mikraj berlaku iaitu perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis, Palestin dan kemudian perjalanan baginda dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh di singgahsana Allah S.W.T.

 

8. Masjid Imam Hussain

Tahun dibina: 680
Lokasi: Karbala
Negara: Iraq

Masjid ini merupakan sebuah tempat suci puak syiah islam di kota karbala, Iraq. Ia berdiri di lokasi makam Ali, cucu kedua Nabi  Muhammad S.A.W iaitu tempat di mana ia terbunuh ketika pertempuran karbala pada 680 Masihi. Makam husain bin ‘ali bin husain adalah salah satu tempat suci yang berada di luar Makkah dan Madinah, dan  banyak uamt islam mengambil peluang untuk berziarah  di situ.

 

 

7.Masjid Uqba


Tahun dibina: 670
Lokasi: Kairouan
Negara: Tunisia

Masjid uqba, juga dikenal sebagai Masjid Kairouan. Ia merupakan salah satu masjid paling penting di Tunisia, terletak di kota warisan dunia (UNESCO) Kairouan.

 

 

6. Masjid Kufah


Tahun dibina: 639
lokasi: Kufah
Negara: Iraq

Masjid Kufah, atau Masjid Al-Kufah, atauMasjid-Al-Azam terletak di Kufah, Iraq, merupakan salah satu masjid paling awal dalam tamadun islam. Ia dibangunkan pada abad ke-7 oleh Muslim ibn ‘Aqil – first cousin of Husain bin’ Ali, iaitu rakan hani ibn ‘Urwa, and  ahli revolusi, Mukhtar al-thaqafī.

 

 

5. Masjid Al-Haram


Tahun dibina: 638
Lokasi: Makkah
Negara: Arab Saudi

Masjid Al-Haram merupakan salah satu masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Makkah, ia mengelilingi ka’bah iaitu kiblat buat seluruh penganut agama islam.

 

 

4. Masjid Jawatha


Tahun dibina: 629
Lokasi: Al kilabiyah
Negara: Arab Saudi

Masjid Jawatha (juga salah dieja dengan nama al-jawana) terletak di perkampungan Al-Kilabiyah, sekitar 12km timur laut Hofuf, Al-Ahsa, Arab Saudi. Ia antara merupakan masjid terawal yang dibangunkan di Timur Arab dan sebahagian besar struktur asalnya telah runtuh. Walaubagaimanapun, tempat ini masih digunakan untuk berdoa.

 


3. Masjid al-Qiblatain


Tahun dibina: 623
Lokasi: Madinah
Negara: Arab Saudi

Masjid Al-Qiblatain (masjid dua kiblat) adalah sebuah masjid di madinah yang penting bagi umat islam kerana ia merupakan tempat dimana Nabi Muhammad S.A.W memimpun doa dan memerintahkan untuk mengubah arah kiblat dari Baitulmaqdis ke Makkah. Apa yang uniknya masjid ini ialah ia mempunya dia mihrab yang menghadap ke Baitulmaqdis dan satu lagi mengahadap ke Makkah. Tetapi baru-baru ini masjid tersebut telah diubahsuai dan merobohkan struktur mihrab yang menghadap ke Baitulmaqdis dan hanya meninggalkan struktur mihrab yang menghadap ke Makkah sahaja. Mungkin nak mengelakkan sebarang kekeliruan kot.

 


2. Masjid Al-Nabawi


Tahun dibina: 622
Lokasi: Madinah
Negara: Arab Saudi

Masji Al-Nabawi, yang sering disebut sebagai Masjid Nabi adalah sebuah masjid yang terletak di kota madinah. Ia marupakan tempat  makam Nabi Muhammad S.A.W, dan ia dianggap tempat suci kedua bagi umat islam (yang pertama adalah Masjid Al-Haram di Makkah).

 

1. Masjid Quba


Tahun dibina: 622
Lokasi: Madinah
Negara: Arab Saudi

Masji Quba terletak di kawasan terpencil di Madinah, Arab Saudi. Ia merupakan masjid tertua di dunia. Masjid ini dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W bersama temannya semasa Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke dari Kota Makkah ke Madinah.



Jawatha
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment