≡ Menu

[FAKTA] 10 Pulau Terbesar Di Dunia

Di bawah ini merupakan senarai pulau-pulau terbesar yang terdapat di dunia ini. Tapi yang peliknya disini, kenapa Australia tidak dimasukkan dalam senarai ini sebagai pulau terbesar sedangkan saiznya pun boleh tahan jugak ..hmm

10. Ellesmere, Kanada (196,235 km²)

Pulau Ellesmere adalah sebahagian daripada Daerah Qikiqtaaluk, Kanada. Terletak dalam lingkungan Kepulauan Artik Kanada menyebabkan ia dianggap sebahagian daripada Kepulauan Ratu Elizabeth, dengan Cape Columbia menjadikannya berkedudukan paling utara di tanah Kanada ini. Pulau yang berkeluasan sebanyak 196,235 km² (75.767 batu persegi), merupakan pulau ketiga terbesar di Kanada. Pergunungan Artik Cordillera meliputi sebahagian besar Pulau Ellesmere, sehinggakan ia dikatakan antara kawasan yang paling banyak gunung-ganang di kepulauan Artik Kanada ini. Selain itu, disini juga terdapat pohon Arctic willow iaitu merupakan satu-satunya spesies berkayu yang tumbuh di pulau ini.

 

Teruskan Baca

 

9. Pulau Victoria, Kanada (217.291 km²)

Victoria Island (atau Kitlineq) adalah sebuah pulau di Kepulauan Artik Kanada yang melintasi banjaran pergunungan antara Nunavut dan Northwest Territories di Kanada. Ia mempunyai keluasan sebanyak 217.291 km² (83.897 batu persegi) dan merupakan pulau kedua terbesar di Kanada. Pulai ini dikatakan mempunyai saiz dua kali ganda dengan Newfoundland (111.390 km2 (43.008 batu persegi)), dan lebih sedikit besarnya dengan saiz United Kingdom (209.331 km2 (80.823 sq mi).

 

8. Great Britain (218.595 km²)

Kerajaan Inggeris merupakan kesatuan politik antara kerajaan Inggeris dengan Scotland dengan mengikut Akta Union 1707 yang bertarikh 1 Mei 1707 di bawah Ratu Anne. Pada tahun 1801, di bawah undang-undang baru Kesatuan, kerajaan ini digabungkan dengan Kerajaan Ireland untuk mencipta Kerajaan Besar United Kingdom dan Ireland. Selepas Perang Kemerdekaan Ireland, sebahagian besar Ireland dipisahkan dari Kesatuan ini. Sekarang kerajaan ini digelar Kerajaan United Kingdom (Great Britain) dan Ireland Utara.

 

 

7. Honshu, Japan (230.500 km²)

Honshu (本州, secara umum dikenal sebagai “Negara Utama”?) adalah pulau terbesar Jepun. Pulau yang merupakan pulau utama negara ini, terdiri daripada Hokkaido di selatan Selat Tsugaru, utara Shikoku di seberang Laut Pedalaman, dan timur laut Kyushu di seberang Selat Kanmon. Ia adalah pulau ketujuh terbesar di dunia, serta kedua paling padat penduduknya selepas Kepulauan Jawa di Indonesia.
Pulau yang mempunyai panjang kira-kira 1,300 km(810 batu) dan 50-230 km lebar ini mempunyai keluasan sebanyak 227,962.59 km ², iaitu 60% dari luas negara Jepun. Ia adalah lebih besar dari kepulauan Inggeris (UK), dan sedikit lebih besar dari negara Minnesota.

 

 

6. Sumatra, Indonesia (443.065,8 km²)

Sumatera yang telah lama dikenali sejak zaman kuno lagi. Nama Sanskrit nya ialah Swarnadwipa (“Pulau Emas”) dan Swarnabhumi (“Tanah Emas”), yang kaya dengan sumber emasnya sejak dahulu lagi. Kali pertama nama “Sumatera” disebut dengan nama Srivijayan Haji (raja) Sumatrabhumi (“Raja dari tanah Sumatera”), iaitu raja pertama yang menghantar utusan ke China pada 1017. Pedagang Arab pada abad ke-10 pula menyebut pulau ini dengan nama Lamri (Lamuri, Lambri atau Ramni) , yang merujuk pada sebuah kerajaan moden di Banda Aceh yang merupakan pendaratan pertama bagi para peniaga arab disana. Di akhir abad ke-14 nama Sumatera menjadi popular. Ia merujuk pada kerajaan Samudra yang terkenal disebabkan pengaruhnya serta kuasanya yang luas.

 

 

 

5. Baffin, Kanada (507.451 km²)

Pulau Baffin (Qikiqtaaluk, Perancis: Île de Baffin, Old Norse: Helluland) di kawasan-kawasan Nunavut Kanada adalah kepulauan terbesar dari Kepulauan Artik Kanada. Ia juga merupakan pulau terbesar di Kanada dan pulau terbesar kelima di dunia, dengan luasnya sebanyak 507.451 km² (195.928 batu persegi) serta dengan anggaran penduduk sebanyak 11,000 (2007 ). Pulau ini dinamakan sempena nama peneroka Inggeris, William Baffin yang datang ke pulau itu.

 

 

4. Madagascar (578.000 km²)

Ia merupakan sebahagian daripada Gondwana Timur, iaitu wilayah pisahan Madagascar dari Afrika sekitar 160 juta tahun yang lalu. Pulau ini terbentuk ketika terpisahnya ia dari benua India sekitar 8-10 juta tahun yang lalu. As part of East Gondwana, the territory of Madagascar split from Africa approximately 160 million years ago; the island of Madagascar was created when it separated from the Indian subcontinent 80 to 100 million years ago. Puak Anteimoro merupakan kerajaan petama yang dibina di Madagascar Selatan pada abad pertengahan sebelum kedatangan pendatang dari Somalia.

 

 

3. Kalimantan, Indonesia (726.000 km²)

Di Barat, Kalimantan merujuk kepada sebahagian daripada wilayah Indonesia, sedangkan di Indonesia, istilah “Kalimantan” merujuk kepada seluruh pulau Kalimantan termasuk Sabah, Sarawak serta Brunei. Mungkin disebabkan wilayah Indonesia membentuk 73 peratus dari pulau itu menyebabkan tanggapan sebegitu telah dibuat oleh Barat. Mengikut perkiraan penduduk berdasarkan wilayah, di wilayah Indonesia sahaja terdiri daripada 12 juta penduduk. Bagi wilayah bukan Indonesia pula seperti Brunei  mempunyai 609 000 ribu penduduk dan Malaysia Timur iaitu Sabah & Sarawak iaitu 6,000,000 penduduk. Kepulauan ini juga dikenal sebagai Kepulauan Borneo.

 

 

2. Papua (800.000 km²)

Papua New Guinea secara rasmi adalah merupakan sebahagian daripada negara Australia. Ia terdiri daripada bahagian timur pulau New Guinea dan pulau-pulau sekitar pantai  (bahagian barat pulau ini merupakan sebahagian dari wilayah Indonesia). Ia terletak di barat daya Lautan Pasifik dan dikenal sebagai Melanesia sejak awal abad ke-19 lagi. Ibukotanya ialah Port Moresby.

 

 

1. Greenland (2.166.086 km²)

Greenland adalah sebuah negara autonomi di dalam Kerajaan Denmark. Ia terletak di antara Kutub Utara dan Lautan Atlantik, sebelah timur Kepulauan Artik Kanada. Secara logiknya ia adalah sebahagian daripada benua Amerika Utara. Greenland telah didiami oleh manusia sejak 2500 SM lagi. Ia merupakan tanah jajahan masyarakat Nordik di Greenland sehingga AD 986 sehingga abad ke-15. Pada awal abad ke-18 hubungan antara Skandinavia dan Greenland dibentuk kembali dan bermulalah penguasaan Denmark terhadap bumi Greenland.

 

Haa..Anda nak tahu kenapa Australia tidak termasuk dalam top10 ni ..kami ada jawapannya ..ini kerana Australia dikategorikan sebagai Benua dan bukannya Pulau=) ..dan sekiranya kita ambil kira faktor lain ..semua di muka bumi ini adalah sebuah pulau sebenarnya ..betul tak??

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment