≡ Menu

[FAKTA] 10 Sungai Paling Kotor Di Dunia

Cintailah Sungai Kita” …Bukanlah suatu tajuk filem seperti apa yang diimpikan oleh Johan Si Maharaja Lawak. Tapi merupakan suatu kempen/kesedaran yang pernah digunakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1993 lagi. Namun cuma segelintir sahaja yang mengambil berat akan masalah ini. Apa yang kami akan tunjukkan kepada anda sebentar lagi bukanlah untuk memburukkan mana-mana negara di dunia ini. Ia hanyalah sebagai panduan/pengajaran buat kita untuk mencintai/menjaga sungai kita dengan sebaik-baiknya~ … Munk: Gila baik ayat aku :swt2:

Berikut adalah senarai 10 batang sungai yang dikatakan paling kotor di Dunia.

10. Sungai The King, Australia

Tercemar akibat daripada kegiatan perlombongan yang dijalankan disekitarnya. Dikatakan hampir 1.5 juta tan sulfidik asid memasuki sistem sungai ini setiap tahun dan pada tahun 1995, jumlahnya telah melebihi dari 100 juta tan.

sungai_kotor (3)

9. Sungai Sarno, Itali

Merupakan sungai yang merentasi bandar Pompeii dan Naple. Sungai ini dicemari dengan sisa-sisa pertanian dan industri di sekitar sungai tersebut.

sungai_kotor (10)

8. Sungai Mississipi, Amerika Syarikat

Sungai Mississipi merupakan sumber alam semulajadi serta sumber ekonomi bagi negara ini.  Sungai yang mengalir hampir 40% dari jumlah pengairan di Amerika Syarikat ini telah membawa sekitar 1.5 juta tan metrik bahan tercemar, nitrogen ke Teluk Mexico saban tahun.

sungai_kotor (4)

7. Sungai Songhua, China

Sungai Songhua ini merupakan sungai terbesar di wilayah Heilongjiang, China. Pada tahun 2005 sungai ini dicemari dengan teruk oleh bezena (gasolin) sehingga menyebabkan sungai ini ditutup sebagai sumber air/minuman untuk daerah, Harbin .

sungai_kotor (7)

6. Sungai Ganges, India

Sungai yang dikatakan sebagai muncul akibat dari glasier gangotri ini adalah antara sungai paling suci buat penganut agama Hindu. Dianggarkan lebih daripada 200,000 orang melakukan upacara mandian di sini walaupun dengan keadaan sungai yang agak kotor.

sungai_kotor (6)

5. Sungai Marilao, Filipina

Dikatakan mengandungi bahan kimia beracun seperti kromium, tembaga kadmium dan arsenik. Kebanyakannya datang daripada kilang-kilang di sekitarnya walaupun kempen kesedaran telah dilakukan oleh kerajaan. Selain itu, pelbagai sampah juga dibuang ke dalam sungai ini tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar.

sungai_kotor (5)

4. Sungai Kuning, Lanzhou, China

Sungai ini merupakan sungai ketujuh terpanjang di dunia dan merupakan sumber air utama buat jutaan penduduk di Utara China. Kebanyakan pencemaran ini datangnya daripada tumpahan sisa-sisa industri di sekitarnya.

sungai_kotor (9)
Munk: Gelembung udara bewarna kuning tuh takde kena mengena dengan nama sungai ni yer 😀

3. Sungai Buriganga, Bangladesh

Merupakan sungai utama yang mengalir di menerusi Bandar Dakha (Ibu kota Bangladesh ). Kebanyakan haiwan/ikan mati disebabkan sungai ini.

sungai_kotor (8)

2. Sungai Yamuna, India

Dikatakan hampir 58% sisa-sisa buangan dari ibu kota New Delhi di buang ke sungai ini. Kerajaan sudah berputus asa untuk membersihkan sungai ini kerana banyak perbelanjaan yang telah dilaburkan tetapi ksemuanya gagal.

sungai_kotor (1)

1. Sungai Citarum, Jawa Barat, Indonesia

Sungai yang terletak di Selatan Jawa, Indonesia ini merupakan sumber utama untuk pengairan pertanian serta kegunaan masyarakat di sini. Bank Pembangunan Asia telahpun meluluskan pinjaman sebanyak USD$500 juta untuk kerja pembersihan sungai ini.

sungai_kotor (2)

sungai_kotor (10)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment