≡ Menu

[FAKTA] 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia




Seperti yang anda ketahui, terdapat banyak syarikat penerbangan di dunia ini, dan sebahagian besar daripada mereka cukup berjaya dalam merangka perkhidmatan serta kemudahan yang terbaik kepada para penumpangnya. Ia amat baik dan bagus sekiranya kita dapat lihat peningkatan prestasi mereka dari tahun ke tahun. Daripada itu, barulah kita tahu syarikat penerbangan yang mana paling sesuai atau bagus untuk kita pilih sekiranya kita hendak melancong atau pergi ke luar negara. Disini kami ada 10 senarai syarikat penerbangan yang dkatakan adalah paling TerbaekkK!!! di dunia:

10. Malaysia Airlines

malaysia_airways (1)

malaysia_airways (2)

Malaysia Airlines (MAS) merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang mendapat penghargaan “Kelas Ekonomi Terbaik Dunia” serta “Perkhidmatan Staf Terbaik Di Asia“. Ia mungkin antara sebab kenapa ramai pelancong di serata dunia lebih selesa menggunakan MAS untuk ke Malaysia. MAS menawarkan pelbagai kemudahan dari segi hiburan dan sebagainya bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Baca lagi

9. Thai Airways

thai_airways (1)

 

thai_airways (2)

Thai Airways merupakan antara syarikat penerbangan yang menawarkan tambang paling murah di dunia. Bukan setakat Air Asia jer taw~ …Walaupun murah, perkhidmatannya tetap excellent dan rating nya juga agak meningkat pada tahun lepas.

 

 

8. Emirates

emirates (1)

 

emirates (2)

Kedudukan Emirates telah turun 3 anak tangga sejak beberapa tahun lepas. Walaubagaimanapun, ia tetap menjadi pilihan oleh kebanyakan pelancong untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini. Ia antara syarikat penerbangan yang mempunyai jaringan/rangkaian laluan terbanyak di seluruh dunia dan dari segi hiburan di dalam kapal terbang, ia telah berjaya mengekalkan 6 tahun berturut-turut sebagai yang terbaik sekali di dunia.

 

 

7. Qantas

qantas (1)

 

qantas (2)

Pada tahun 2005 yang lalu, Qantas mendapat tempat kedua, tapi pada tahun ini, agak jatuh sikit kedudukannya. Qantas merupakan syarikat penerbangan tertua di Australia serta syarikat penerbangan terbesar di Australia. Walaupun agak jatuh kedudukannya, tapi Qantas tetap cuba untuk membaiki serta meningkatkan prestasinya.

 

 

6. Etihad Airways

etihad (2)

 

etihad (1)

Syarikat penerbangan terkemuka dunia ini agak terkenal dengan perkhidmatan terbaik bagi kabin kelas pertama serta perkhidmatan kateringnya. Syarikat yang berpusat di Abu Dhabi ini telah mencapai kemuncak kegemilangannya dalam industri penerbangan.

 

 

5. Air New Zealand

air_new_zealand (1)

 

air_new_zealand (2)

Pada tahun lepas, syarikat penerbangan ini telah di undi untuk berada di senarai ke-8 dan pda tahun ini pula, ia telah melonjak kepada 3 anak tangga dan berada pada tangga ke-5. Selain itu, Air New Zealand juga dipilih sebagai “The Best Carrier in Australia/Pacific.

 

 

4. Cathay Pasific

cathay_pasific (1)

 

cathay_pasific (2)

Syarikat penerbangan yang mendapat kedudukan pertama pada tahun lepas akhirnya telah jatuh kepada tangga ke-4. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan reputasinya sebagai syarikat penerbangan yang telah memenangi anugerah “Best Transpacific Airline

 

 

3. Qatar Airways

qatar (1)

qatar (2)

 

Syarikat penerbangan ini telah dipilih sebagai antara syarikat penerbangan yang menawarkan makanan paling sedap di udara bagi kategori kelas business. Qatar Airways juga telah memperbaiki rekaan dalamannya sejak beberapa tahun ini dan disini  juga dapat kita saksikan perkembangan syarikat ini sehingga berada dalam top-3 dalam senarai ini.

 

2. Singapore Airlines

singapore (1)

 

singapore (2)

Singapore Airlines telah berjaya mengekalkan kedudukannya yang berada pada tempat ke-2 secara berturut-turu bagi tahun kedua ini. Syarikat penerbangan yang paling konsisten dari segi perkhidmatan ini menawarkan kerusi paling mewah dan selesa sehingga ia mendapat anugerah “Best Business Class Seat“. Selain itu, ia juga turut menerima anugerah “Best Airline in Southeast Asia” dan “World’s Best Cabin Staff“.

 

1. Asiana Airlines

asiana (2)

 

asiana (1)

 

Syarikat penerbangan ke-2 terbesar di Korea Selatan ini berjaya memperoleh kedudukan pertama pada tahun ini. Syarikat ini menawarkan makanan yang paling lazat, hiburan yang menarik serta perkhidmatan pramugari/pramugara paling mesra di udara. Dan tak hairanlah kalau syarikat ini mendapat undian terbanyak sebagai syarikat penerbangan paling TerBaiKK!! di dunia.

KakiHeboh.com: Kira Malaysia pun ada kelasnya yang tersendiri ~ ..Tahniah buat MAS :)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment