≡ Menu

[FAKTA] 10 Tempat Bersalji Yang Paling Indah Di Dunia




Hampir semua negara yang berada di luar garis 40 darjah latitud selatan dan 40 darhah latitud utara akan mengalami iklam bersalji pada tempoh tertentu. Salji yang turun ini kadang-kadang sangat indah dan menarik, tapi kadang-kadang juga boleh memusnahkan keindahannya.. Mana taknya, sekali turun macam ribut …habis semuanya musnah …rumah pun hampir tenggelam dek salji.

gambar hiasan

Dan dari 40 negara yang mengalami iklim bersalji nih, ada 10 negara yang dianggap sebagai negara yang memiliki salji dengan pemandangan yang paling indah. Berikut adalah senarai negara tersebut:

Teruskan Baca

10. Korea Selatan

Korea Sealatan adalah salah satu negara 4 musim yang keadaan topografinya lebih kepada pergunungan. Pergunungan di wilayah timur umumnya menjadi hulu sungai-sungai besar, seperti sungai Han dan sungai Naktong. Di musim sejuk, pergunungan di Korea Selatan berubah menjadi pergunungan salji yang sangat indah.

9. Sweden

Sweden merupakan sebuah negara Nordik di Scandinavia. Negara ini bersempadankan di Barat Norway dan Timur Laut Finland, di Barat Selat Skagerrak dan Selat Kattegat, serta di Tmiur Laut Baltik dan Teluk Bothnia. Dahulu negara ini pernah menjadi negara termiskin di Eropah pada sekitar abad ke-19, tapi disebabkan keindahan alamnya, negara ini menjadi destinasi pelancongan terkenal dan kemudian telah membina semula negara ini dengan hasil daripada sumber pendapatan tersebut.

8. Jepun

Negara Sakura ini memiliki pemandangan salji yang sangat indah di Asia dan ia terletak di sekitar 41 darjah latitud utara. Jika tibanya musim sejuk, maka anda semua boleh lihat pemandangan bandar ini tidak ubah seperti negara zaman lampau, lebih-lebih lagi jika anda melihatnya di lereng gunung Fuji.

7. Iceland

Iceland merupakan negara yang sebahagian besarnya dilitupi oleh salji. Dan disebabkan inilah negara ini dinamakan Iceland (Tanah Ais). Negara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bahagian utara Lautan Atlantik.

6. Norway

Kalau anda semua lihat, memang tak salahlah jika Norway mempunyai pemandangan salji yang terindah kan? Mana tidaknya, negara ini terletak di semenanjung Scandinavia dan bersempadankan dengan lautan Atlantik. Untuk pengetahuan anda semua, Norway merupakan salah satu negara yang mempunyai gunung yang banyak dan sebahagian besar dilitupi oleh glasier.

5.  Perancis

Walaupun Perancis merupakan salah satu negara di Eropah Barat yang dilintasi oleh pergunungan Alp. Jadi tidak hairanlah mengapa tempat ini juga dikenali dengan pemandangan indahnya, apa lagi jika ditambah dengan pemandangan pergunungan Mount Blanc yang berada di dataran selatan Eropah Barat ini, maka makin bertambahlah keindahan alam di Perancis ni.

4. Kanada

Negara yang berkedudukan di Lautan Atlantik dan Selat Davis membawa ke Lautan Pasifik ini merupakan tanah Amerika yang terletak di bahagian paling utara. Di padang rumput Kanada yang luas dan dataran yang terdiri daripada wilayah Manitoba, Saskatchewan dan Alberta, hingga membawa ke Banjaran Rocky ini akan berubah menjadi syurga salji pada musim sejuk dan tersangatlah indah pemandangannya~

3. Alaska, Amerika Syarikat

Alaska merupakan sebahagian dari Amerika Syarikat akan tetapi ia cuma terpisah dengan tanah besarnya sahaja. Daripada semua daerah di Amerika Syarikat, Alaska adalah bahagian daerah yang memiliki pemandangan alam salji terindah.

2. New Zealand

Dari senarai 1o negara salji terindah ini, New Zealand adalah satu-satunya negara yeng berada di bahagian bumi selatan. Negara kepulauan di Barat daya Lautan Barat Pasifik ini mempunyai keindahan alam pegunungan yang sangat luar biasa.

1. Switzerland

Switzerland merupakan salah satu negara di Eropah tengah yang mempunyai pemandangan salji yang terindah. Negara yang bersempadankan secara langsung dengan Jerman, Perancis, Itali, dan Austria ini sebahagian besarnya merupakan kawasan bergunung di pergunungan Alp yang terkenal dengan keindahanya, maka tidak hairanlah jika Switzerland dikatakan memiliki pemandangan salji yang terindah di dunia.

KakiHeboh.com: Kalaulah dapat pergi tempat macam ni kan seronok ~

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment