≡ Menu

[FAKTA] 13 Fakta Mengenai Kejadian Tsunami




Anda hendak tahu lebih lanjut mengenai Tsunami?Disini akan kami ceritakan serba sedikit mengenai Tsunami nih ..Secara amnya, anda semua tahu kan punca utama Tsunami ini terbentuk adalah akibat daripada gempa bumi di dasar laut dan kemudiannya apabila plat bumi ini bergeser atau beralih, akan menghasilkan satu kocakan air yang besar dan memboleh membawa kepada pembentukan ombak besar atau tsunami. Nak tahu lebih lanjut lagi, jom baca nih~

tsunami4 (18)

Jom Baca

fakta_tsunami (1)

1. Tsunami merupakan siri gelombang laut yang biasanya adalah disebabkan oleh gempa bumi, letusan gunung berapi serta tanah gelongsor di dasar luatan dan jarang sekali tsunami ini terbentuk akibat daripada hentaman mateor.

KakiHeboh.com: Zaman Dinasour dulu ada ah kot~

 

fakta_tsunami (10)

2. Tsunami bukanlah terdiri saripada satu gelombang laut/ombak sahaja..Ia merupakan suatu siri gelombang laut yang banyak (lebih dari satu).

 

fakta_tsunami (7)

3. Banyak saksi mengatakan Tsunami berbunyi seperti kereta api.

 

fakta_tsunami (2)

4. Semasa tsunami berada di luat dalam (tengah laut), ia mungkin kurang dari 1 kaki tinggi di permukaan laut tetapi ia dapat melakukan perjalanan dengan kelajuan hingga 500 batu/jam tanpa diketahui dan melalui lautan yang luas kurang daripada 1 hari.

 

fakta_tsunami (8)

5. Semasa Tsunami berada di kawasan pantai (kawasan yang lebih cetek) pula, kelajuannya akan menjadi perlahan. Bahagian atas gelombang akan bergerak lebih cepat berbanding bahagian bawah gelombang sehingga menyebabkan air laut meningkat secara mendadak iaitu boleh mencapai lebih daripada 100 kaki dalam suatu masa.

 

fakta_tsunami (9)

6. Gelombang tsunami mampu mancapai panjang lebih daripada 60 batu dalam masa satu jam sahaja. Gelombang ini juga menyeberangi lautan tanpa kehilangan banyak tenaga.

 

tsunami2 (30)

7. Banjir yang disebabkan tsunami ini mampu mencapai lebih daripada 1000kaki (300 meter) dari garis pantai dan gelombang laut atau ombak nya pula sudah cukup untuk menterbalikkan batu-batu besar, lori dan kenderaan besar serta menghancurkan rumah-rumah batu yang lain.

 

tsunami4 (12)

8. Para saintis di dunia dapat menganggarkan dengan tepat sebelum tibanya tsunami ke pantai berdekatan di seluruh kawasan yang terjejas dengan berdasarkan perkiraan/perhitungan kedalaman air, jarak dari  pusat tsunami dari kawasan terjejas, dan masa tsunami terbentuk.

 

fakta_tsunami (3)

Tsunami yang berlaku di Hawaii pada 1946

9. Hawaii merupakan salah satu kawasan AS yang mempunyai risiko terbesar untuk menghadapi tsunami. Bencana ini pasti berlaku pada mereka sekitar sekali setahun dan sekali pasti akan membawa kerosakan yang besar setiap 7 tahun. Tsunami yang besar pernah melnada Hawaii adalah pada tahun 1946 dimana pantai Pulau Hilo dipukul dengan gelombang ombak yang mempunyai saiz lebih daripada 30 kaki dan datang dengan kelajuan 500 batu sejam. Dan sebagai akibanya lebih daripada 170 orang telah terkorban.

 

fakta_tsunami (4)

10. Pada tahun 2004, kita dikejutkan dengan tsunami yang terbesar pernah melanda dunia. Tsunami yang berpusat di Lautan Hindi itu dikatakan mempunyai kuasa/tenaga sebanyak 23,000 buah bom atom. Hanya beberapa jam selepas gempa bumi tersebut, gelombang pembunuh itu telah sampai ke kawasan pantai (perairan cetek) di 11 buah negara sekitarnya iaitu dari kawasan Afrika Tumur hingga ke Thailand.

 

tsunami2 (4)

11. Tidak termasuk jepun, sehingga abad ini, terdapat 26 tsunami yang dipercayai telah membunuh sekurang-kurangnya 200 orang.

 

fakta_tsunami (6)

12. Seperti apa yang kami katakan tadi, tsunami bergerak dengan sangat pantas. Semasa berada di perairan laut dalam, tsunami dapat mencapai kelajuan lebih daripada 500 batu sejam (800km sejam) iaitu hampir menyamai kelajuan pesawat komersil.

 

fakta_tsunami (5)

13. Tsunami yang belaku di Lautan India merupakan tsunami yang paling kuat pernah melanda dunia. Ini kerana lebih daripada 283,000 nyawa telah terkorban disebabkannya.

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment