≡ Menu

[FAKTA] 4 Tempat Yang Melarang Kematian




Kematian adalah satu perkara yang berlaku semula jadi dan tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun. Tetapi berkenaan dengan tajuk entri ini, apakah yang dimaksudkan dengan 4 tempat yang melarang kematian? Sebenarnya, ia bermula dengan satu amalan dijalan sejak dahulu lagi. Contoh amalan terawal yang diketahui dengan larangan kematian adalah sejak abad ke 5 SM dimana individu yang hampir mati tidak dibenarkan berada di Pulau Yunani Delos. Lokasi atau tempat yang berbeza, masing-masing mempunyai alasan mereka yang tersendiri kenapa mereka lakukan perkara sebegini.

00

Lokasi Pertama : Itsukushima di Jepun

01

Menurut kepercayaan Shinto, sebuah pulau di Jepun bernama Itsukushima adalah tempat yang suci dan kerja-kerja penyelenggaraan disana menjadi kebimbangan terhadap ketulinan atau keaslian pulau tersebut. Jadi, dalam usaha untuk menjaga kesucian pulau tersebut, sami kuil disana bekerja keras untuk memastikan tidak berlaku kematian disana. Sejak pada tahun 1878, tiada kematian dan juga kelahiran yang dibenarkan di kawasan pulau tersebut. Wanita yang hamil dan hampir tarikh bersalin tidak dibenarkan berada di pulau ini dan warga tua atau individu yang berpenyakit kronik juga tidak dibenarkan menjejak kaki di pulau tersebut.

Lokasi Kedua : Longyearbyen di Norway

02

Bandar Longyearbyen yang terletak di Kepulauan Svalbard Norway juga mempunyai peraturan yang sama. Kematian adalah haram sepenuhnya di bandar ini. Antara penyebab utama kenapa kematian tidak dibenarkan berlaku di sana adalah kerana dikatakan anggota badan-badan manusia tidak boleh terurai jika ditanam di sana. Banyak peristiwa telah menjadi bahan bukti terhadap kenyataan tersebut antaranya adalah saintis telah menjalankan kajian dengan mengambil tisu daripada seorang lelaki yang telah pun meninggal dunia di sana sejak 1917 dan mendapati bahawa kesan virus influenza masih lagi aktif.

Lokasi Ketiga : Falciano del Massico di Itali

03

Falciano del Massico merupakan sebuah bandar yang kecil terletak di selatan Itali. Orang ramai tidak dibenarkan untuk mati disini bukan kerana alam sekitar ataupun kepercayaan agama. Tetapi adalah kerana tidak ada ruang lagi untuk orang mati dikebumikan. Datuk Bandar disana telah mengeluarkan perintah dengan kenyataan, “It is forbidden for residents to go beyond the boundaries of earthly life, to go into the afterlife”. Sejak sempadan ditandakan semula pada tahun 1964, Falciano del Massico menjadi isu pertikaian dengan sebuah bandar jiran mengenai hak tanah perkuburan lama. Datuk Bandar telah memutuskan untuk membina kawasan tanah perkuburan yang baru, tetapi kini ianya telah penuh.

Lokasi Keempat : Sarpourenx di Perancis

04

Datuk Bandar Sarpourenx telah melarang akan berlakunya kematian untuk berlaku di kawasan ini. Lokasi ini di ibaratkan seperti sebuah kampung yang amat indah di barat daya negara Perancis. Keputusan ini datang selepas mahkamah Perancis enggan memberi kebenaran untuk membesarkan tanah perkuburan bandar yang sedia ada.

aBEL Rubella : Tak terfikir pun kan ade tempat yang macam ni?  :oh_noes:

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment