≡ Menu

[FAKTA] 9 Haiwan Yang Dapat Terbang Selain Burung




Perkataan “terbang” dapat ditafsirkan apabila sesuatu makhluk ataupun objek itu mempunyai kepak untuk membolehkannya terbang di udara. Secara logik akal di fikiran kita sekarang ini, hanya burung sahaja bukan yang mampu terbang di udara jika hendak dibandingkan dengan haiwan-haiwan lain? Berikut, ada kami senaraikan 9 haiwan yang dapat terbang selain burung..

Katak Terbang

katak terbang

Katak Terbang mempunyai kaki yang berselaput dengan penutup kulit yang memungkinkan untuk bergerak secara aerodinamis melalui pohon-pohon di hutan. Bahkan, katak terbang menghabiskan seluruh hidup mereka berada di atas pokok. Mereka hanya turun untuk dari pohon pokok untuk mencari pasangan dan bertelur sahaja. Katak terbang ini menyamarkan diri berupa daun untuk menghindarkan diri dari ancaman pemangsa dan memburu serangga untuk dijadikan sebagai makanan.

Ketahui Lagi 8 Haiwan Lain..

Ikan Terbang

ikan terbang

Ikan Terbang boleh ditemui di kebanyakan lautan. Ikan terbang menggunakan sirip dada besar mereka untuk meluncur sejauh 50 meter di atas air ketika merasakan diri mereka terancam oleh pemangsa. Untuk membolehkan diri mereka terbang di udara, ikan terbang akan mengepakkan atau mengibaskan sirip mereka sebanyak 70 kali per detik. Ekor ikan ini digunakan untuk menekan air untuk memungkinkan ikan ini meluncur di permukaan selama beberapa saat di udara sebelum turun ke laut. Ikan terbang dapat terbang lebih lama melayang di udara dengan meluncur mengikuti arus udara dan laut yang kuat.

Cicak Luncur

cicak luncur

Cicak ini seperti makhluk naga yang legenda! Cuma ianya tidak menyemburkan api. Haiwan ini mempunyai panjang hanya 9 cm, dengan ekor lebih panjang dari tubuhnya. Cicak ini menggunakan penutup kulit di bawah lengannya yang memungkinkan untuk melayang dari puncak pohon ke puncak pohon lainnya. Makanannya adalah serangga. Habitatnya selalu dia atas pohon.

Semut Luncur

semut luncur

Semut ini dapat terbang dengan bergantung dengan tiupan angin dan udara untuk dapat melayang. Namun mereka juga mampu mengawal pergerakan ketika melayang dengan baik dan dapat mengatur ke arah mana mereka akan melayang dan mendarat. Ya! Tidak perlukan kepak pun.

Tupai Terbang

tupai luncur

Dikatakan telah pupus sejak tahun 1939, namun baru-baru ini sahaja diketahui bahwa tupai terbang masih lagi hidup, dan tinggal di Hutan Kering Selatan di Australia Timur. Tupai terbang memakan buah, kekacang, dan selalu menyembunyikan diri dari rubah serta burung hantu.

Sotong Terbang

sotong terbang

Ketika melarikan diri dari pemangsa, sotong ini akan melompat dan terbang dari dalam laut dan boleh terbang secara tetap dan melayang di udara hingga beberapa meter. Untuk mencapaikan diri di udara, sotong ini akan menghembus keluar air untuk membawanya keluar dari laut. Oleh itu, sotong ini dianggap haiwan seperti jet yang memiliki kemampuan sama seperti jet. Siripnya yang kecil dapat membantu untuk memberikan keseimbangan semasa terbang.

Ular Terbang

ular terbang

Tanpa sayap, sirip, atau mana-mana anggota badan yang lain. Ular terbang ini mampu terbang dari satu pohon ke satu pohon yang lain dengan melompat serta melayang. Ketika di pohon, ular terbang ini akan bergerak ke hujung cabang dahan. Di sini, ia akan mengangkat tubuhnya dengan mengisap dalam-dalam perut dan tulang rusuk yang menonjol keluar sehingga berbentuk cekung. Lalu ia menghentakkan ekornya, ular terbang terbang bebas di udara untuk mencapai cabang dahan pokok berikutnya. Ular terbang ini berbisa dan tinggal di Asia Selatan. Dikatakan sering menikmati mangsanya yang boleh terbang seperti burung dan kelawar.

Lemur Terbang

lemur terbang

Lemur terbang berasal dari Filipina. Ia memiliki kaki yang berselaput yang panjang dan berekor yang dihubungkan dengan membran pada anggota tubuh depannya. Makhluk malam ini dahulu pernah di buru untuk di dijadikan sebagai salah satu menu makanan yang lazat, tetapi baru-baru ini, ia telah diletakkan pada spesis terancam.

Gecko Terbang

gecko terbang

Gecko terbang mempunyai jaring dari bran yang meliputi tubuh mereka. Ini membolehkan mereka untuk melayang di udara dan melekat pada pohon ketika mendarat.

KakiHeboh.Com : I believe I can fly…. wooo!!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment