≡ Menu

[FAKTA] 9 Info Tentang Mimpi

Apa yang ingin membuatkan saya tulis entry ini dalam KH pada kali ini kerana saya tertidur semasa menulis entry yang bertajuk [Fakta] Tentang Earth Hour yang baru saya post sebentar tadi. Sesedarnya saya tersedar dari tidur, saya teringat sesuatu. Seolah-olah saya dapat mimpi yang best tadi, tapi apa? Saya dah lupa sepenuhnya, tetapi saya amat yakin mimpi itu amat menyeronokkan.

 

mimpi

 

    KakiHeboh.Com : Author ni mimpi basah ke ape ni?


Disini kami ingin mengulas 9 fakta yang terpilih untuk dipaparkan pada entry pada kali ini. Berikut merupakan senarai fakta info tentang mimpi yang terpilih.

9. Orang Buta Pun Bermimpi.

 

mimpi01

 

Orang yang asalnya tidak buta dan menjadi buta dapat melihat gambaran di dalam mimpi mereka. Orang yang dilahirkan buta pula tidak akan dapat melihat gambaran. Akan tetapi mimpi tetap mimpi.. Golongan OKU penglihatan ini dapat bermimpi yang melibatkan panca indra iaitu suara, bau, sentuhan dan emosi. Agak sukar bagi kita yang mampu melihat ini untuk membayangkan keadaan mereka bermimpi, namun keperluan tubuh badan seseorang untuk tidur adalah amat diperlukan sehingga mampu menangani hampir semua situasi fizikal untuk mewujudkannya.

8. Anda Lupa 90% Daripada Mimpi Yang Anda Lalui.

 

mimpi02

 

Dalam masa 5 minit setelah kita bangun dari tidur, sekurang-kurangnya lebih dari 50% dari mimpi anda akan dilupakan. Dalam masa 10 minit seterusnya, 90% daripadanya akan hilang. Kata salah seorang penyair yang terkenal, Samuel Taylor Coleridge. Ketika beliau terbangun dari tidur pada suatu pagi, beliau teringat akan mimpi yang dilaluinya semasa tidur tadi sungguh hebat. Beliau terus mengambil pen dan menulis diatas kertas untuk menggambarkan “penglihatan dalam mimpi” dan apa yang terjadi adalah puisi Bahasa Inggeris yang paling terkenal iaitu Kubla Khan. Namun puisi asli daripada penulis asal ini tidak siap sepenuhnya sehingga sekarang.

Anehnya, ada cerita lain pula bagi Robert Louis Stevenson. Beliau menyatakan bahawa cerita Doktor Jeckyll dan Mr Hyde itu asalnya ilham daripada mimpi? Oh! Ya.. Novel Mary Shelley’s Frankenstein juga merupakan ilham daripada mimpi si penulis.

7. Semua Orang Bermimpi.

 

mimpi03

 

Setiap insan akan mengalami mimpi (kecuali kepada sesiapa yang ada kes gangguan psikologi yang melampau). Akan tetapi!! Lelaki dan perempuan mempunyai mimpi yang berbeza dan reaksi fizikal yang berbeza. Lelaki lebih cenderung bermimpi tentang lelaki lain, sementara wanita lebih cenderung bermimpi sama ada tentang lelaki dan perempuan. Selain itu, baik lelaki mahupun wanita akan mengalami reaksi seksual yang berkaitan fizikal untuk mimpi mereka. Tidak akan ada sesiapa pun yang akan terlepas daripada mimpi sebigini. Dalam erti kata lain, mimpi basah.

6. Mimpi Mencegah Psikosis.

 

mimpi04

 

Dalam kajian untuk tidur, pelajar akan dikejutkan pada awal mimpi masing-masing. Namun mereka masih dibenarkan tidur selama 8 jam semula. Maknanya setiap kali mereka bermimpi (dapat dikesan oleh pakar kajian) mereka akan dikejutkan! Tetapi kesemua mereka tetap dibenarkan tidur selama 8 jam. Kesemua pelajar mengalami kesulitan, kepenatan, mudah marah, dan tanda-tanda psikosis selepas hanya 3 hari selepas kajian.

5. Kita Hanya Bermimpi Tentang Perkara Yang Kita Tahu.

 

mimpi05

 

Kebiasaannya, kita selalu bermimpi bertemu dengan orang asing yang memainkan peranan yang tertentu. Tapi, Adakah anda tahu bahawa fikiran anda tidak mencipta wajah-wajah tersebut! Mereka sebenarnya adalah wajah nyata dari orang yang benar-benar wujud! Mereka adalah seseorang yang anda terlihat di mana-mana walau untuk sesaat dalam hidup anda. Tetapi, kita akan katakan tidak mengenali atau tidak ingat bukan?

4. Tidak Semua Orang Mimpi Berwarna.

 

mimpi06

 

Tetang warna dalam mimpi ini, sebenarnya mimpi kita berwarna, namun hanya beberapa peratus daripada jalan cerita mimpi itu sahaja. Kebanyakan dalam mimpi itu adalah hitam dan putih. Ada juga yang menyatakan bahawa warna mimpi ini akan memainkan peranannya apabila mengikut situasi mimpi anda. Sebagai contoh, bermimpi di tengah bukit yang penuh dengan pokok bunga. Pelbagai warna-warni bunga akan menyerikan mimpi anda. Jika dikejar oleh anjing, penjahat, hantu dan sebagainya, kebanyakannya berwarna hitam dan putih.

3. Berhenti Merokok Akan Dapat Mimpi Yang Jelas.

 

mimpi07

 

Perokok tegar yang berhenti menghisap dilaporkan mengalamai banyak mimpi yang lebih jelas daripada biasa. Selain itu, menurut Journal of Abnormal Psychology “Diantara 293 perokok dipaksa berhenti merokok selama diantara 1 hingga 4 minggu. 33% daripada mereka dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya 1 mimpi tentang merokok. Dalam mimpi, kebanyakannya mereka sendiri merokok dan merasa emosi negatif yang kuat, seperti panik dan rasa bersalah. Mimpi tentang merokok adalah hasil tarikan daripada keperluan badan terhadap nikotin.

2. Stimuli Luaran Membaca Mimpi Kita.

 

mimpi08

 

Perkara ini disebut sebagai “Dream Incorporation” dan adakah anda berpengalaman ketika dalam mimpi, kita akan terdengar beberapa suara didalam mimpi kita yang kita kenali suara itu milik siapa. Sebagai contoh anda merasa haus dan fikiran anda akan menggabungkan perasaan anda ke dalam mimpi anda. Mengikut pengalaman anda, pernahkah terasa ingin minum air didalam mimpi kerana terasa sangat haus dan seterusnya anda terjaga dari tidur? Apabila terjaga, anda akan terasa amat haus sekali! Pernahkah anda melalui situasi ini? Jika tidak, pernahkah anda bermimpi kencing di lubang jamban sedangkan anda sedang nyenyak tidur. Sedar tidak sedar, habis basah tilam.

1. Kita Lumpuh Ketika Kita Sedang Tidur.

 

mimpi09

 

Percaya atau tidak, tubuh kita lumpuh selama kita tidur. Kelenjar mula mengeluarkan hormon yang membantu menggalakkan tidur dan neuron menghantar isyarat ke sumsum tulang belakang yang menyebabkan tubuh untuk berehat dan kemudian menjadi lumpuh.

KakiHeboh.Com : Ada sedikit tambahan nak bagi ni.. Sekadar untuk selingan pada entry ini..

  • Apabila anda mendengkur maka anda tidak bermimpi.
  • Kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun tidak bermimpi tentang diri mereka sendiri tetapi bermimpi tentang orang lain. Dari usia yang sama juga, mereka lebih sering mendapat mimpi buruk lebih banyak daripada orang dewasa sehingga berusia 7 atau 8 tahun.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment