≡ Menu

[FAKTA] Air Panas Pantai Hanya Di New Zealand




Pernahkah anda terfikir tentang wujudnya air panas di tepi persisiran pantai? Ya! Ia memang benar-benar wujud dan hanya ada satu di dunia yang diketahui iaitu terletak di New Zealand. Lokasi air panas di tepi persisiran pantai ini terletak di pantai timur semenanjung Coromandel iaitu kira-kira sejauh 175 km dari Auckland. Pantai air panas ini berpunca dari mata air dari bawah tanah yang panas dan ditapis melalui pasir dimana hanya berlaku semasa air laut sedang surut ataupun sedang ingin pasang. Terdapat kira-kira lebih kurang 130,000 pelancong datang hampir setiap tahun untuk datang melihat sendiri geoterma semulajadi yang amat popular di rantau ini.

Air Panas..

Air Panas..

Air Panas..

air panas

Apa yang lebih menarik mengenai air panas pantai ini daripada kolam air panas yang biasa adalah para pelancong masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk membina spa atau kolam mereka yang tersendiri di tepi pantai. Mereka boleh membina dan berendam di dalam kolam buatan mereka sendiri dalam tempoh semasa air sedang surut dan air sedang ingin pasang sahaja. Suhu air panas yang keluar daripada pasir tersebut adalah setinggi 64°C . Para pelancong amat gemar membawa baldi dan penyodok mereka sendiri dan membuat kolam untuk berehat sepuas-puasnya.

pantai

Sudah tentu, isu keselamatan para pengunjung yang hadir ke lokasi pantai air panas ini tidak dapat lari dari membuatkan kebimbangan kepada pihak negeri. Ombak yang besar boleh membahayakan para pengunjung jika mereka leka berendam sehingga air pasang penuh. Perenang juga dinasihatkan agar tidak berenang sejauh jarak 50 meter dari persisiran pantai kerana terdapat  batu-batuan yang berbahaya kepada perenang.

aBEL Rubella : Dekat Malaysia pun ade kolam air panas, try la ke Gadek di Melaka.. Sesiapa yang ada penyakit kulit tu disarankan la mandi kolam air panas nih..

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment