≡ Menu

[FAKTA] Artis Korea Membunuh Diri

Sejak kebelakangan ini filem-filem dari Korea menjadi gilaan remaja Malaysia tidak kira lelaki ataupun perempuan. Sehinggakan tertubuhnya Band K-Pop iaitu 24:7 dan Gula-Gula yang memilih k-pop mungkin kerana untuk menarik minat remaja-remaja. Tetapi pada entri kali ini KakiHeboh.Com ingin mendedahkan kepada anda beberapa artis Korea yang diminati ramai membunuh diri. Pasti anda tertanya-tanya siapa artis yang dimaksudkan bukan?? Mungkin ada yang sudah pernah mendengar kes ini dan sebaliknya. Anda juga pasti ingin tahu kenapa mereka membunuh diri?? Eksklusif di KakiHeboh.Com kami dedahkan kepada anda antara artis Korea yang membunuh diri.

Lee Eun Joo

Dilahirkan pada 16 November 1980 di Gunsan, Jeollabuk-do, South Korea. Dia mula dikenali ramai melalui filem hitsnya antaranya Virgin Stripped Bare by Her Bachelors, Lovers’ Concerto and Taegukgi. Dia juga merupakan heroin bagi drama The Phoenix. Dia membunuh diri pada malam 22 Februari 2005 iaitu beberapa hari selepas konvokesyennya di Dankook University. Dia membunuh diri di apartmentnya di Bundang, Seongnam South Korea dengan menghiris tangannya dengan pisau dan menggantung dirinya. Keluarganya percaya Lee Eun Joo membunuh diri akibat sakit mental yang dihadapinya kerana mengalami insomnia disebabkan melakukan adegan telanjang dalam filem The Scarlett Letter.

Jung Da Bin

Dilahirkan pada 4 Mac 1980 dilahirkan di Seoul Korea Selatan. Jung Da Bin membunuh diri pada 10 Februari 2007 ketika berusia 26 tahun. Dia ditemui dalam keadaan mengantung diri di apartment kekasihnya di Seoul beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke 27. Ramai media percaya dia membunuh diri kerana kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan Jun Da Bin mengalami tekanan yang melampau. Dia pernah mendapat sebagai Artis Komedi Terbaik MBC Awards 2002, Artis Baru Terbaik MBC Awards 2003, dan Anugerah Bintang Baru SBS Awards 2004. Antara filem yang Jung Da Bin bintangi ialah The Legend of Gingko (2000), This Good Fellow (2003), He Was Cool (2004) dan drama tv antaranya New Non Stop (2002, 26 episodes), Trio (2002, 17 episodes), Non Stop 3 (2003, 303 episodes), My 19 Year Old Sister-in-Law (2004, 16 Episodes), dan Typhoon in that Summer (2005, 30 episodes). Dia juga pernah membuat muzik video hasil ciptaan Baek Jiyoung tahun 2007 iaitu Sarang Ahn Hae (I don’t love you).

Kim Ji Hoo

Dilahirkan pada 5 April 1985 di Seoul,Korea Selatan. Merupakan seorang model dan pernah membintangi drama bersiri Before and After Plastic Surgery dan drama komedi Unstoppable High Kick. Pada 21 April 2008, Kim Ji Hoo menjadi tetamu dalam rancangan tv relaliti Coming Out sebagai seorang gay. Menggantung diri dirumahnya di Jamsil, Seoul, South Korea pada 6 Oktober 2008. Polis percaya dia menggantung dirinya kerana tekanan yang dihadapi akibat prasangka peminatnnya yang mengatakan dia gay. Hari sebelum kematiannya dia ada menulis di laman webnya iaitu “Life is like the wind. What’s there to agonise over? Meetings are happy, partings are sad, everything is just a moment.”

Choi Jin-Sil

Dilahirkan pada 24 Disember 1968 di Seoul,Korea Selatan. Dia dianggap sebagai artis terbaik Korea dan digelar “The Nations Actress”. Dia pernah membintangi 18 filem, 24 drama televisyen dan 140 secara komersial. Pada 2000 dia telah berkahwin dengan seorang pemain besbol profesional (Yomiuri Giants) iaitu Jo-min Sung. Pada tahun 2004 Choi telah bercerai dengan suaminya. Pada 2 Oktober 2008, Choi Jin-Sil telah membunuh diri dengan menggantungkan diri bilik mandi dirumahnya di Seoul. Choi Jin-sil dikatakan mengalami tekanan sejak dia bercerai dan juga masalah hutangnya.

Heo Yoon

Heo Yoon atau lebih dikenali dengan nama U Nee atau Lee Hye-Ryeon merupakan seorang pelakon dan penyanyi. Dilahirkan pada 3 Mei 1981 Seo-gu, Incheon Korea Selatan. Pernah dikaitkan dengan Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada Oktober 2006 di Malaysia. Pada 21 Januari 2007 U Nee ditemui membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya di Seo-gu, Incheon, South Korea.

Woo Seung-yeon

Dilahirkan pada 24 Mei 1983 di Jamsil,Seoul Korea Selatan. Memulakan kariernya sebagai model fesyen dan di majalah dan televisyen. Pernah membintangi filem Herb (2007) dan Private Eye (2009). Pada mulanya dia bersama syarikat pengurusan agen Yedang Hiburan pada tahun 2008 dan beralih ke Oracle Hiburan pada Februari 2009. Woo telah menjalani rawatan untuk kemurungan, setelah berada di bawah paras tekanan yang agak tinggi. Pada 28 April 2009 dia telah ditemui mati di Jamsil Seoul Korea Selatan. Dia merupakan pelajar Chung-Ang University dipercayai mengambil cuti dan ditemui membunuh diri dengan mengantung diri di atas almari pada jam 7.40 malam. Sebelum kematiannya dia sempat menghantar teks mesej kepada adiknya yang berbunyi ” Maafkan aku ” meninggalkan nota di dalam buku hariannya yang berbunyi, “Saya mencintai keluarga saya. Saya… Sangat menyesal.. Saya pergi dahulu”.

Park YongHa

Park YongHa merupakan seorang pelakon dan penyanyi Korea. Dilahirkan pada 12 Ogos 1977 di Seoul Korea Selatan. Pada tahun 2002, Park YongHa telah membintangi filem Winter Sonata seterusnya menjadikannya popular di Jepun. Antara filem lain yang dibintanginya ialah The Scam (2009), Although It is Hateful Again 2002 (2002), dan If It Snows on Christmas (1998). Manakala drama tv yang pernah dibintanginya ialah The Slingshot (2009), On Air (2008), Tokyo Wankei (2004), Loving You (2002), KBS Winter Sonata (2002), Sunflower (2000), Somun (2001), KBS Snowflakes (2001), More Than Love, dan What A Tough Woman (1997). Bermula dari tahun 2004 sehingga tahun 2010 Park mempunyai 8 album dan 10 single. Park ditemui mati oleh ibunya pada 30 Jun 2010 jam 5.30 am di rumahnya di Nonhyeon-dong, Seoul dengan tergantung pada kabel camcorder dilehernya dipercayai selepas dia membunuh diri. Dikatakan sebelum Park membunuh diri dia dikatakan sempat memijak kaki bapanya yang menghidap kanser dan baru keluar dari hospital seterusnya meminta maaf. Dipercayai Park membunuh diri kerana terlalu menyanyangi ayahnya dan dia berasa bersalah kerana ayahnya menderita penyakit kanser.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Barang siapa yang minum racun sampai mati, maka ia akan meminumnya perlahan-perlahan di neraka Jahanam selama-lamanya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya. (Shahih Muslim No.158).

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment