≡ Menu

[FAKTA] Heterochromia, Sepasang Mata Berlainan Warna

Heterochromia?? Pasti anda tertanya-tanya bukan apakah Heterochromia. Sudah pasti ramai diantara anda tidak mengetahui apakah itu Heterochromia. Heterochromia adalah sejenis penyakit tapi anda semua tidak perlu takut dengan penyakit ini. Ianya tidak merbahaya malah penyakit ini merupakan 1 keunikkan.


Heterochromia berasal dari perkataan hetero (banyak) dan chrome (spektrum/warna). Ini sebenarnya adalah penyakit yang menyebabkan perbezaan pada warna mata, kulit atau rambut. Pada mata, kelainan ini disebut heterochromia iridium.

Penyakit ini disebabkan oleh berubahnya jumlah melanin (pigmen) yang menyebabkan warna sesuatu dapat berubah. Jika pigmen menjadi lebih banyak, ia disebut hyperpigmented (menyebabkan hyperchromic) dan jika sedikit, ia disebut hypopigmented (hypochromic). Walaubagaimanapun, penyakit ini jarang terjadi pada kulit dan rambut dan ianya selalu berlaku kepada haiwan. Tetapi ada beberapa orang terkenal yang mengalami penyakit ini seperti Xavi Hernandes (pemain Barcelona), David Bowie, Kate Bosworth, Jane Seymour dan ramai lagi.

Jom kita lihat beberapa gambar haiwan dan juga manusia yang mengalami penyakit ni. Mereka mempunyai warna mata yang berlainan pada kedua-dua mata nya. Inilah dia keunikkan Heterochromia.

Shenz : Info untuk anda…. Waardenburg Syndrome, juga dapat mengakibatkan seseorang untuk memiliki dua warna mata yang berbeza  🙂  sangat comell kalau ada mata camni…  😀

 

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment