≡ Menu

[FAKTA] Info Menarik Tentang Hari Guru

Hari Guru disambut bertujuan untuk memberi penghargaan dan mengenang jasa guru sebagai seorang pendidik anak bangsa. Tahukah anda, hari guru bukan sahaja disambut di Malaysia sahaja, tetapi diseluruh dunia. Bagaimana terjadinya hari guru ini? Ianya bermula sejak kepentingan untuk guru-guru telah diiktiraf oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization iaitu UNESCO dan kemudian hari guru telah disambut setiap tahun oleh setiap negara.

hari guru

Info Menarik Tentang Hari Guru..

Info Menarik Tentang Hari Guru..

Info Menarik Tentang Hari Guru..

Idea asal sambutan hari guru ini telah bermula pada kebanyakan negara yang telah merdeka sejak pada abad yang ke 20 (antara 1900 ~ 1999) lagi. Jadi, tarikh sambutan hari guru ini tidaklah sama bagi antara negara asing yang ada di bumi ini. Ianya bergantung kepada negara itu sendiri untuk menetapkan bila tarikh sambutan hari guru untuk negara masing-masing berdasarkan peristiwa-peristiwa penting dan sejarah mereka yang tersendiri. Jom baca entri ini sehingga habis untuk ketahui tentang tarikh sambutan hari guru bagi negara-negara lain selain Malaysia!

Afghanistan sambut pada 5 Oktober – Mereka akan diberi cuti pada hari tersebut tetapi pelajar dan guru akan berkumpul untuk meraikan hari guru di sekolah dengan makanan tradisional, alunan muzik tradisona dan pemberian hadiah daripada para pelajar untuk guru-guru tersayang mereka.

Albania sambut pada 7 Mac – Pada tahun 7 Mac 1887, sekolah pertama sekular yang menawarkan pelajaran di Albania telah dibuka di kota kecil yang bernama Korçë. Sebelum tarikh tersebut, semua sekolah adalah di bawah pengawasan Gereja Katolik di utara dan tengah Albania manakala Gereja Ortodoks pula mengambil kawasan di selatan.

Algeria sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Argentina sambut pada 11 September – Untuk memperingati hasil kerja Domingo Faustino Sarmiento selepas beliau meninggal dunia pada 11 September 1888. Siapakah Domingo Faustino Sarmiento? Beliau adalah seorang yang aktivis, berintelektual dan juga merupakan seorang penulis yang terkenal. Beliau juga adalah negarawan yang dihormati kerana beliau adalah merupakan Presiden ketujuh negara Argentina.

Armenia sambut pada Ahad pertama bulan Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Australia sambut pada Jumaat terakhir bulan Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Azerbaijan sambut pada 5 Oktober – Sejak tahun 1965 hingga 1994, negara Azerbaijan akan menyambut hari guru pada hari Ahad yang pertama bulan Oktober namun sejak 5 Oktober 1994, Azerbaijan menyambut hari guru mengikut tarikh apabila kepentingan untuk guru-guru telah diiktiraf oleh UNESCO.

Bangladesh sambut pada 4 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Bahrain sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Belarus sambut pada Ahad pertama bulan Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Brunei sambut pada 23 September – Sempena memperingati tarikh hari kelahiran pemerintah Brunei yang ke 28 iaitu Sultan Omar Ali Saifuddien III. Baginda juga dikenali sebagai “Arkitek Moden Brunei” dimana baginda amat menekankan kepentingan pendidikan kepada rakyatnya dengan memperkenalkan dasar pendidikan percuma iaitu dengan mengenakan bayaran yuran yang paling minimum untuk ke sekolah.

Bhutan sambut pada 2 Mei – Tarikh ini adalah merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Raja ketiga Bhutan iaitu Jigme Dorji Wangchuck dimana baginda telah memperkenalkan pendidikan moden kepada negara tersebut.

Bolivia sambut pada 6 Jun – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Brazil sambut pada 15 Oktober – Tarikh ini telah ditetapkan secara rasmi untuk menyambut hari guru oleh kerajaan negara Brazil sejak pada tahun 1963 lagi.

Bulgaria sambut pada 5 Oktober – Pada 29 September 2006, kerajaan negara Bulgaria telah menetapkan tarikh 5 Oktober adalah sebagai tarikh rasmi untuk sambutan hari guru.

Chile sambut pada 16 Oktober – Pada tahun 1967, 11 September telah ditetapkan sebagai “Dia del Maestro” iaitu hari guru. Kemudian pada tahun 1975, tarikh sambutan hari guru telah ditukar kepada 10 Disember kerana seorang penyair Chile yang bernama Gabriela Mistral telah menerima Hadiah Nobel pada 10 Disember 1945. Pada tahun 1977, tarikh sambutan hari guru sekali lagi ditukar ke 16 Oktober untuk memberi penghormatan kepada tertubuhnya Persatuan Guru-Guru di Chile.

Columbia sambut pada 15 Mei – Tarikh ini menandakan pelantikan San Juan Bautista de la Salle sebagai seorang penaung guru di Columbia. Beliau adalah seorang penaung guru yang memperjuangkan pendidikan moden.

China sambut pada 10 September – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Czech Republic sambut pada 28 Mac – Tarikh ini adalah tarikh hari lahir John Amos Comenius dimana beliau telah lahir pada 28 Mac 1592 dan meninggal dunia pada 15 November 1670. Beliau adalah seorang guru, pendidik dan juga merupakan seorang penulis yang amat terkenal di Czech Republic.

Ecuador sambut pada 13 April – Tarikh ini dipilih untuk sambutan hari guru bagi meraikan kejayaan Juan Montalvo sebagai seorang guru Ecuador yang berjaya menanam sikap pembangunan dalam minda remaja muda.

Egypt sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

El Salvador sambut pada 22 Jun – Juga disambut sebagai cuti kebangsaan negara.

Estonia sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Germany sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Greece sambut pada 30 Januari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Guatemala sambut pada 25 Jun – Sempena tarikh peringatan buat guru bernama Maria Chinchilla yang telah meninggal dunia semasa rusuhan ganas bantahan terhadap kerajaan.

Hong Kong sambut pada 10 September – Sebelum tahun 1997, hari guru disambut pada 28 September. Namun, selepas penyerahan kepada Republik Rakyat China, sambutan hari guru telah ditukarkan kepada 10 September.

Hungary sambut pada Ahad pertama bulan Jun – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

India sambut pada 5 September – Tarikh 5 September adalah sempena tarikh lahir presiden kedua India pada 5 September 1888. Beliau merupakan ahli falsafah akademik yang bernama Dr Sarvepalli Radhakrishnan.

Indonesia sambut pada 25 November – Hari guru disambut pada hari yang sama dengan pembentukan Persatuan Guru-Guru Indonesia. Mereka tidak cuti pada hari guru ini tetapi ia disambut dengan mengadakan satu aktiviti upacara pengiktirafan buat guru-guru tertentu dan tidak lupa juga buat kakitangan sekolah.

Iran sambut pada 2 Mei – Hari guru disambut pada tarikh ini sebagai untuk mengenang mati syahidnya Abulhassan Khan’ali. Beliau merupakan seorang guru yang telah ditembak mati dalam satu mesyuarat di hadapan Negara Parlimen semasa zaman era Mohammad Shah Reza pada 2 Mei 1961.

Iraq sambut pada 1 Mac – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Jamaica sambut pada 6 Mei – Dalam sambutan hari guru di Jamaica, adalah perkara biasa buat para pelajar bersama-sama dengan ibu bapa datang ke sekolah untuk memberi hadiah kepada guru.

Jordan sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Laos sambut pada 7 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Lithuania sambut pada 5 Oktober – Sejak 1965 hingga 1994, sambutan hari guru adalah pada hari Ahad pertama bulan Oktober. Namun sejak UNESCO memberi pengiktirafan kepentingan untuk guru-guru, Lithuania telah tukar tarikh sambutan hari guru kepada 5 Oktober.

Lebanon sambut pada 9 Mac – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Libya sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Malaysia sambut pada 16 Mei – Tarikh ini dipilih kerana pada 16 Mei 1956, Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskan sebuah laporan daripada Tun Abdul Razak. Pada ketika itu, Tun Abdul Razak memegang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia. Jadi, laporan berkenaan adalah berkaitan dengan pendidikan di Malaysia dan dokumen laporan oleh Tun Abdul Razak itu dikenali sebagai “Laporan Razak”. Hasil daripada “Laporan Razak” itulah yang telah menjadi asas kepada pendidikan di Malaysia.

Mexico sambut pada 15 Mei – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Republic of Moldova sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Mongolia sambut pada Ahad pertama dalam bulan Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Morocco sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Nepal sambut pada bulan purnama dalam bulan Nepal iaitu Ashad – Pada hari bulan purnama juga dipanggil sebagai “Ashad sukla purnima” dan kebiasaannya akan jatuh pada pertengahan bulan Julai. Hari guru juga dipanggil sebagai “Guru Purnima” di Nepal.

Netherlands sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

New Zealand sambut pada 29 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Oman sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Pakistan sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Panama sambut pada 1 Disember – Tarikh ini dipilih sempena untuk memperingati tarikh kelahiran Manuel José Hurtado. Beliau dikenali sebagai bapa pendidikan negara Panama kerana sering mempromosikan pendidikan secara universal dan moden melalui penubuhan sekolah-sekolah awam pertama dan kolej-kolej perguruan.

Paraguay sambut pada 30 April – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Peru sambut pada 6 Julai – Tarikh sambutan hari guru ini disambut sempena semasa kemerdekaan Peru, Libertador don José de San Martín yang mengasaskan sekolah lelaki pertama telah diluluskan oleh Marquis Torre-Tagle pada 6 Julai 1822.

Philippines sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Poland sambut pada 14 Oktober – Tarikh ini adalah ulang tahun tertubuhnya Suruhanjaya Pendidikan Kebangsaan negara Poland. Ia diwujudkan sejak pada tahun 1773 menerusi inisiatif King Stanisław Ogos Poniatowski.

Qatar sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Romania sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Russia sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Saudi Arabia sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Serbia sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Singapore sambut pada Jumaat pertama bulan September – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Slovakia sambut pada 28 Mac – Tarikh sambutan hari guru diadakan pada 28 Mac untuk memperingati tarikh kelahiran John Amos Comenius. Anda boleh baca pada bahagian negara Czech Republic untuk kenali John Amos Comenius.

South Korea sambut pada 15 Mei – Pada asalnya, sekumpulan ahli belia pasukan Palang Merah akan pergi melawat bekas-bekas guru yang sakit di hospital-hospital pada 15 Mei setiap tahun untuk aktiviti tahunan mereka. Kemudian, ia dijadikan sebagai tarikh hari guru untuk negara mereka.

Sri Lanka sambut pada 6 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Spain sambut pada 29 Januari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Syria sambut pada 18 Mac – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Taiwan sambut pada 28 September – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Thailand sambut pada 16 Januari – Tarikh ini diguna pakai untuk sambutan hari guru di Thailand oleh satu resolusi kerajaan pada 21 November 1956. Hari guru yang pertama telah diadakan pada tahun 1957.

Tunisia sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Turkey sambut pada 24 November – Mustafa Kemal Atatürk ada menyatakan bahawa generasi baru akan diwujudkan oleh para guru. Atatürk dianggap sebagai Ketua Guru di Turki kerana telah mencipta abjad baru bagi Republik Turki yang baru ditubuhkan pada tahun 1923.

Ukraine sambut pada Ahad pertama dalam bulan Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Uzbekistan sambut pada 1 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Vietnam sambut pada 20 November – Cuti untuk sambutan hari guru pada tarikh ini adalah hasil daripada asal-usul yang dibentangkan ke dalam mesyuarat antara pendidik di negara-negara blok komunis di Warsaw pada tahun 1957. Hari guru yang pertama kali diraikan pada tahun 1958 sebagai Hari Manifes Antarabangsa Pendidik iaitu pada tahun 1982.

Venezuela sambut pada 15 Januari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Yemen sambut pada 28 Februari – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

Mauritius sambut pada 5 Oktober – Tiada maklumat tentang tarikh ini.

aBEL Rubella : Setakat ini sajalah yang mampu ditulis.. Saya minta maaf untuk maklumat yang kosong berkenaan dengan tarikh yang ditulis.. Kalau ada apa-apa tambahan dan pembetulan, anda boleh komen. Kami sedia menerima teguran jika terdapat kesalahan dalam info ini. Sekian, selamat hari guru! 🙂

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment