≡ Menu

[FAKTA] Menarik Tentang Masjid

Tahukah anda tapak masjid yang pertama didunia dibina semasa zaman Nabi Ibrahim A.S iaitu Masjidil Haram manakala tapak masjid yang kedua ialah Masjid Al-Aqsa. Tiga masjid utama yang dimuliakan oleh umat islam iaitu :- Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Al-quds Jerusalem, Palestin. Sebelum ini kami ada memaparkan kepada anda mengenai [GAMBAR] Masjid Tercantik Di Malaysia, pada kali ini pula kami ingin mendedahkan kepada anda info-info menarik berkenaan dengan masjid. Jom kita lihat.

Masjid Paling Besar Didunia

Masjid Shah Faisal ini telah diilhamkan sendiri oleh Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi sendiri pada tahun 1966. Masjid ini telah direka oleh arkitek dari Turki iaitu Vedat Dalokay. Masjid yang siap dibina pada tahun 1986 ini memakan kos lebih kurang 120 juta USD dengan keluasan 46.87 hektar sekaligus menjadikannya masjid yang terbesar didunia. Masjid ini terletak di hujung Shaharah-e-Islamabad, menjadikannya sebagai penghujung bandar dan latar belakangnya adalah Bukit Margalla. Masjid ini merupakan Masjid Negara Pakistan.

Menara Masjid Tertinggi Didunia

Masjid Sultan Hassan II ini terletak di Casablanca, Maghribi dan merupakan rekaan oleh arkitek dari Perancis iaitu Michel Pinseau dan Bouygues. Masjid ini diminta sendiri oleh Sultan Hassan II berilhamkan kepada ayat Al-Quran iaitu “Arasy Allah berada di atas air“. Untuk pengetahuan anda masjid ini dilengkapi dengan seni bina yang moden iaitu dapat menahan daripada gempa bumi disamping pintu elektrik bagi masjid dan lantai berhaba serta bumbung yang mudah alih. Masjid ini siap sepenuhnya pada 1993 dengan kapasiti 25,000, mempunyai satu kubah dan satu menara setinggi 210 meter sekaligus menjadikannya menara masjid yang paling tertinggi didunia.

Kubah Masjid Terbesar Didunia dan Masjid Terbesar diAsia Tenggara

Masjid yang mempunyai kubah terbesar didunia dan merupakan masjid terbesar di Asia tenggara terletak diMalaysia. Anda tahu masjid yang kami maksudkan? Masjid itu terletak di Selangor Darul Ehsan yang merupakan lambang kedaulatan dan keagungan agama islam di negeri itu. Masjid yang kami maksudkan ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dengan keluasan 10 hektar dan struktur masjid hasil kombinasi seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli telah direka oleh Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd. mempunyai 4 menara yang mengelilingi sebuah kubah yang berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki , 52 meter diameter & 350 meter tinggi menjadikannya kubah masjid yang terbesar di dunia. Kepingan aluminium berlipat dan panel yang berwarna biru yang mampu tahan beratus tahun dan anti karat digunakan di bahagian luar kubah. Masjid ini mula digunakan pada hari Khamis 3 Disember 1987. Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom telah memulakan bacaan khutbah Jumaat ketika menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama. Imam pertama masjid ini ialah Tuan Haji Aluwi bin Parman. Bilal pertama ialah Tuan Haji Syafie bin Khati dan pernah memegang rekod sebagai menara kubah tertinggi 140 meter sebelum gelaran itu diambil oleh Masjid Sultan Hassan II.

Masjid Pertama Di China

Masjid Raya Xi’an atau Masjid Xian merupakan masjid pertama di China. Dibina pada abad ke 8 Masehi di Xi’an berasaskan senibina Islam Cina. Masjid Xian terbina diatas tanah dengan keluasan antara 12-13 meter persegi dan keluasan masjid kira-kira 6 meter persegi. Bentuk masjid ini lebih mnyerupai kuil daripada binaan masjid-masjid yang lain. Kini jumlah penduduk muslim di kota Xian lebih kurang 60,000 orang dan di China terdapat lebih kurang 45,000 masjid.

Masjid Tertua Di Malaysia

Masjid tertua di Malaysia terletak di bandaraya bersejarah iaitu Melaka. Dibina pada tahun 1728, Masjid Kampung Ulu merupakan masjid tertua di Malaysia. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka. Masjid ini mempunyai bumbung berbentuk menyerupai piramid dan dalam keadaan seakan-akan berlapis. Senibina masjid ini lebih kepada senibina Jawa namun masjid ini diperbuat daripada batu dan bata.

 

 

ShenzDi Malaysia pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan Surau. Dianggarkan terdapat lebih kurang 5005 buah masjid di Malaysia.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: