≡ Menu

[FAKTA] Nama-Nama Paling Panjang Di Dunia




Dalam mencari nama anak yang sesuai, nama tempat, nama perusahaan, ataupun lain-lainnya, adalah sebaik-baiknya biarlah sederhana panjangnya dan janganlah terlalu panjang sangat nama tersebut. Ini kerana ia bukan sahaja menyusahkan kita hendak menyebutnya malah meyukarkan lagi untuk kita mengingatinya. Pada posting kali ini kami ingin memaparkan kepada anda beberapa nama yang agak panjang dan yang pastinya membuatkan lidah anda berbelit-belit menyebutnya.

 

Nama Kampung Terpanjang

Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

‘Llanfairpwllgwyngllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch’.Merupakan nama sebuah perkampungan di Pulau Anglesey di Wales,Britania Raya.Perkampungan ini tercatat dalam Guiness Book of Record sebagai tempat dengan nama kampung terpanjang di Britania.

Lihat lagi nama sukar disebut

Nama Bukit Terpanjang

New Zealand - Name on Long NaME pLACE
‘Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu’.Adalah nama sebuah Bukit di porangahau,di selatan Waipukurau Hawke’s Bay,selandia Baru.Nama pendek bukit tersebut boleh dipanggil ‘Taumata’.

 

Nama Tempat Terpanjang

800px-Full_name_of_Bangkok
Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Phiman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit merupan ceremonial name untuk Bangkok yang diberikan oleh King Buddha Yodfa Chulaloke.

 

Nama Manusia Terpanjang

1_AutumnBrown_450x450
‘Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown’.Merupakan nama seorang kanak-kanak di British.Namanya yang terdiri dari 27 kata nama yang diambil dari 25 nama Petinju Top dari seluruh dunia dan 2 bakinya yang lain adalah nama depan dan nama keluarga.

 

KakiHeboh.Com : Memang susah nak menyebutnya …. Anda boleh?? hehehe

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment