≡ Menu

[FAKTA] Nyanyian Tekak Tradisi Mongolia

Tuvan adalah nyanyian yang terhasil daripada tekak dimana bunyi yang agak harmoni dihasilkan dari dalam tekak. Gaya yang unik nyanyian seterusnya dibahagikan kepada beberapa gaya iaitu Khoomei, Kargyraa dan Sygyt. Setiap penyanyi dalam satu kumpulan akan memegang gaya yang berbeza dimana pembahagian gaya bergantung kepada bagaimana bunyi diaruhkan.

Tuvan-throat-singing

Adalah mustahil untuk menerangkan makna-makna nyanyian tekak yang dinamakan sebagai “Tuvan”. Muzik Tuvan ada cara penyampaian seni yang terbaik untuk menggambarkan sebuah nyanyian yang asli. Keindahannya terletak pada melodi yang dimainkan dengan tradisional dan ia mampu untuk memancarkan persona kepada pendengar.

Chirgilcihin-Ensemble

Muzik ini adalah satu seni yang kuno dalam sejarah. Tuvan sering dijalankan untuk bersuka ria, berpesta, menjalankan adat-adat ritual, keagamaan dan sebagainya. Apabila Tuvan dinyanyikan, bunyinya dapat didengar oleh seseorang individu dari jarah yang sangat jauh. Penyanyi-penyanyi lagu Tuvan ini sering merantau berjalan jauh ke kawasan desa dalam mencari sungai atau gunung untuk mendapatkan persekitaran semulajadi dalam sinambungan menggabungkan muziknya dengan persekitaran.

aBEL Rubella : Jangan cuba ni kat rumah, kalau nak cuba jugak, sila lakukan dalam permerhatian ibu bapa anda..

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment