≡ Menu

[FAKTA] Puntung Rokok Paling Mahal Di Dunia

Puntung Cerut Winston Churchill yang belum habis dihisap pada tahun 1941 dikatakan telah dijual pada harga 4.500 poundsterling.


puntung_rokok_menteri (2)

Perdana Menteri Inggeris yang memimpin pada zaman perang dunia ke-2 itu, meninggalkan puntung cerut di bekas abu rokok di mejanya untuk menghadiri Mesyuarat Kabinet.

Seorang pekerja dari Downing Street mengambil dan menyimpan cerut tersebut yang kemudiannya mengirim puntung cerut yang panjangnya lebih kurang 4 inci atau 10.16 cm kepada kawannya bersama-sama dengan catatan pada kertas yang tertulis Nombor 10.

Kawannya menyimpan puntung cerut tersebut sehinggalah kematiannya. Nasib puntung cerut bekas pemimpin negara Inggeris itu kemudiannya diserahkan kepada ahli warisnya (Pekerja yang mengambil puntung rokok tersebut).

Hendak dipendekkan cerita lagi, sewaktu acara lelong Keys di Aylsham, pemiliknya hanya berharap puntung cerut tersebut dapat dijual dengan harga sekitar 350 poundsterling saja. Namun, seorang pengumpul peribadi telah menawarkan dengan harga yang lebih tinggi untuk puntung rokok tersebut.

Sebelum kisah puntung cerut ini, pada bulan November tahun lepas (2010), sebuah piring mentega yang digunakan sebagai bekas abu rokok oleh Sir Winston di restoran eksklusif di London telah dijual pada harga 4,200 poundsterling.

puntung_rokok_menteri (3)

puntung_rokok_menteri (1)

Amaran Kerajaan Malaysia: Rokok Membahayakan Kesihatan

Munk: Gila benar manusia sekarang ..BEKAS/SISA orang pun boleh dijual :swt2:

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment