≡ Menu

[FAKTA] Spiderman Sebenar Wujud Di India

Jika anda terfikir yang Spiderman hanya ada di komik Marvel dan filem Hollywood, anda sudah tentu 100% salah! Spiderman di komik dan filem tersebut adalah Spiderman palsu. Peter Parker? Spiderman palsu! Spiderman yang sebenar bernama Jyothi Rai dan beliau tinggal di India.


funny-picture-spiderman-venom
01
02
03
04

Bekas pekerja binaan ini yang berusia 22 tahun akan menghabiskan masanya dengan menghiburkan serta menawan hati pelancong dengan seni akrobatik memanjatnya itu di Chitradurga Fort. Jyothi Rai seorang lelaki yang berani dan dengan mudah dapat memanjat naik dinding setinggi 300 kaki tanpa sebarang alat keselamatan yang dipasang padanya.

05
06
07
08

Jyothi Rai menyatakan bahawa beliau berlatih kemahiran memanjat ini daripada memandang gelagat monyet-monyet yang memanjat pokok. Jyothi Rai berharap, tidak lama lagi beliau akan diiktiraf sebagai pendaki terhebat di dunia.

Spiderman ini juga menyatakan yang beliau tidak pernah memakai sebarang peralatan keselamatan sebelum ini dan tidak pernah berlaku apa-apa kemalangan lagi. Jyothi Rai mengamalkan yoga pada setiap hari untuk mengekalkan fleksibiliti tubuh badannya.

09
10
11
12
13
14

aBEL Rubella : Dia ni lagi power kan dari Alain Robert dari Perancis tu kan! Siap leh buat skill lagi bila tengah panjat!  :want:

Alain Robert dari Perancis

Alain Robert dari Perancis

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment