≡ Menu

[GAMBAR] 10 Haiwan Yang Hampir Pupus




Terdapat berjuta-juta kehidupan di planet bumi ini. Sempatkah untuk kita melihat kesemua bentuk kehidupan yang wujud tersebut? Kes yang sama juga berlaku pada dinosaur yang telah pupus dari muka bumi. Oleh itu, kita tidak dapat melihat tubuh badan mereka dalam bentuk apa sekalipun walaupun dalam bentuk visual seperti gambar (bukan yang dah edit dalam komputer ye). Apa yang dapat kita lihat sekarang hanyalah tinggalan tulang-tulang kemudian dicantumkan semula bagi membentuk semula gambaran bentuk dinosaur seperti sekarang.


dinosaur

Apa yang kami ingin kongsikan pada entri ini kali ini, kami akan memaparkan 10 Haiwan Yang Hampir Pupus. Gambar diatas ni telah pupus.. Sekadar hiasan je.. :p

Okapi

Okapi

Ni zirafah ke kuda belang ke keldai? Banyak gurau senda tentang haiwan ni yang menyatakan asal haiwan ini adalah daripada kacukan zirafah jantan dengan kuda belang betina. Sebenarnya, nama binatang ini adalah Okapi. Okapi ini dijumpai sejak zaman kuno Egypt lagi. Okapi juga dikenali sebagai “African unicorn”. Terdapat sebanyak 10,000-20,000 ekor Okapi lagi yang masih hidup di muka bumi ini.

Red Wolf

Red-Wolf

Red Wolf pernah dianggap telah pupus pada 1980. Namun, sangat bertuah bagi kita kerana masih ada segelintir  Red Wolves masih lagi hidup hingga kini. Terdapat kurang dari 207 ekor Red Wolf yang masih lagi mampu berdiri di muka bumi ini dan mempertahankan spesis mereka.. 😛

Seychelles Sheath-Tailed Bat

Seychelles-Sheath-Tailed-Bat

Kelawar ini tinggal di Kepulauan Seychelles terletak di utara Madagascar. Terdapat kurang dari 100 ekor lagi yang masih lagi hidup.

Golden Tabby Tiger

Golden-Tabby-Tiger

Golden Tabby ini juga dikenali sebagai Strawberry Tiger. Hanya kurang dari 30 ekor yang diketahui masih wujud.

Kura-kura Kepulauan Pinta

Lonesome-George

Dolphin Sungai Yangtze

Baiji

Juga dikenali sebagai “Chinese River Dolphin”, “Whitefin Dolphin”. Haiwan ini menjadi hampir pupus kerana pembangunan industri yang kian meruncing China. Dipercayai hanya terdapat kurang dari 13 ekor Yangtze River Dolphins di bumi ini.

Badak Jawa

Javan-Rhino

Perang Vietnam telah menyumbang kepada kepupusan Badak Jawa ini kerana habitat asalnya dijadikan medan perang.

Northern Hairy-Nosed Wombat

Northern-Hairy-Nosed-Wombat

Haiwan mamalia ini antara yang paling kritikal terancam spesisnya daripada kepupusan. Panjang lebih kurang 39 inchi. Lebih kurang 130 ekor yang masih hidup.

Sao Tome Shrew

sao-tome-shrew

Sao Tome Shrew juga antara yang paling kritikal terancam spesisnya daripada kepupusan kerana bilangan yang ada adalah terlalu sedikit bagi populasi mereka.

Tarsiers

Tarsiers

Tarsiers hanya boleh ditemui di pulau-pulau Asia Tenggara. Ketinggian lebih kurang 4 hingga 6 inchi tinggi. Saiz mata mereka adalah sebesar otak mereka. Mereka makan haiwan kecil seperti burung, kelawar, cicak, ular.

KakiHeboh.com: Mahukah anda melihat haiwan-haiwan ini menerima nasib yang sama seperti dinosaur? dan anak cucu kita hanya dapat mengenali  haiwan ini melalui gambar dan spesimen mereka.. Oleh itu, marilah kita semua menjaga dan menghargai alam sekitar agar keindahan dan keunikan ciptaan tuhan masih dapat dinikmati oleh anak cucu kita ;)..

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment