≡ Menu

[GAMBAR] 10 Padang Golf Paling Pelik Di Dunia




Kereta milik McArthur ini telah diubahsuai sepenuhnya menjadi sebuah padang golf bergerak. Lelaki 22 tahun ini telah menukarkan keseluruhan body kereta ini dengan rumput serta bunker sehingga membuatkan ia kelihatan macam sebuah padang golf sebenar.

1. Padang Golf Mini Diatas Sebuah Kereta

padang_golf (1)

Lihat Lagi

 

 

2. Padang Golf Di Dalam Kawasan Penjara

Padang golf dengan 9 lubang ini diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan penjara serta banduan disini dan tiada siapa dibenarkan untuk bermain disini tanpa kebenaran atau pengawasan oleh kakitangan penjara disini. Padang golf ang bernama Prison View Golf Course ini betul-betul terletak di dalam kawasan Penjara Louisiana, Los Angeles dan ia adalah ilham seorang pegawai perubatan penjara di sana.

padang_golf (8)

 

 

3. Padang Golf dengan Kod Pakaian Bebas

Padang golf yang pertama di dunia yang dimana anda bebas untuk memakai apa sahaja. Padang golf yang terletak di pantai barat Perancis ini menawarkan pakaian bebas kepada sesiapa yang bermain disini malah pemain juga boleh berbogel untuk bermainnya. Padang golf “La Jenny” ini dibina pada tahun 1993 dan ia mengekalkan slogan yang berbunyi “At La Jenny, golf is available for everyone. See you soon for a tee-off “.

padang_golf (3)

 

 

4. Padang Gold dengan Bentuk Geografi Paling Extreme di Dunia

Kalau anda hendak rasa lagi mencabar, cubalah bermain di padang golf diThe Legend Golf Resort, di Afrika Selatan ini. Ternyata anda pasti terperanjat dengan bentuk geografi padang ini. Lubang ke-19 di padang golf ini merupakan antara paling mencabar sekali kerana kedudukannya yang tinggi dari kawasan Tee. Untuk memukul bola seterusnya (Par 3), anda terpaksalah menaiki helikopter untuk pergi kesana..Hehe

padang_golf (4)

 

 

5. Pandang Golf yang Bersempadankan Dua Negara

Green Zone atau Tornio Golf Club merupakan padang golf paling unik sekali di dunia kerana ia bersempadankan antara 2 negara Eropah iaitu Sweden dan Finland. Terdapat 18 lubang di padang golf ini dimana 9 lubang tersebut terdapat di Finland dan selebihnya 9 lagi di Sweden.

padang_golf (4)

 

6. Padang Golf Paling Tinggi di Dunia

Padang golf kerajaan ini merupakan padang golf ke-2 yang dibina oleh British di India selepas Royal Calcutta Golf Club.  Sejak dari tahun 1930-an, resort ini sudah pun mempunyai 27-lubang dan ia terdiri daripada 18 lubang di “Upper Course” dan “Lower Course” dan 9 lubang bahagian tengah yang dikenal sebagai “The Rabbits Course”. Padang golf ini dibina sepenuhnya pada tahun 1970-an oleh Peter Thomsan ini mempunyai ketinggian sebanyak 3,730m dari paras laut dan dikatakan padang golf yang menawarkan pemandangan paling cantik di dunia.

padang_golf (6)

 

 

 

7. Padang Golf Paling Bahaya di Dunia

Padang golf yang terletak di Kem Tentera Amerika Syarikat ini iaitu terletak di sempadan Korea Utara & Korea Selatan adalah merupakan padang golf paling bahaya di dunia. Ia merupakan antara padang golf yang satu-satunya yang membenarkan para pemainnya dilengkapi dengan senjata api serta “caddy” nya terdiri daripada penembak cekap dari askar terlatih Amerika Syarikat.

padang_golf (7)

 

 

8. Padang Golf yang Membenarkan Anda untuk Bermain Dalam Tandas

Anda pernah terfikir tak hendak bermain golf masa tengah “Ukhh..Ukhh”. Haha..ini lah dia alat permainan golf yang lengkap dengan lubang golf nya sekali yang diberi nama “The Potty Putter” ..Tak tahulah apa motif ..mungkin nak elak tension berlebihan dalam tandas kot ..haha

padang_golf (2)

 

 

9. Padang Golf yang Terletak Di Dalam Kawasan Landasan Kapal Terbang

Di kawasan ladasan kapal terbang, Don Mueang International, Thailand ini anda akan dapat perhatikan padang golf disekelilingnya. Ia terdiri daripada 2 runways yang mempunyai 18-lubang.

padang_golf (9)

 

 

10. Padang Golf yang Dibina Di Atas Keseluruhan Pulau

Padang golf yang terletak di salah satu pulau di kepulauan Mauritius ini menawarkan pengalaman yang indah buat pemain-pemain golf yang pernah bermain disini. Le Touessrok adalah antara padang golf paling mewah di dunia.

padang_golf (10)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment