≡ Menu

[GAMBAR] 11 Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia




Mungkin umum dah tau pasal nie,tapi kami saja nak kongsi..kami nak kongsi kali nie pasal 10 pemain bola sepak terbaik dunia yang memang terbaik lah. Uncle Step Bletter pon memang salute mereka semua nih

NO.1 – LIONEL MESSI

messi

Siapa yang tak kenal dengan mamat sorang nih? Lionel Messi atau nama panjangnya Lionel Andres Leo Messi. Pemain berbadan kecil ini boleh diibaratkan sebagai Diego Maradonna semasa muda. Dengan ketinggian 1.69 meter, bukanlah penghalang bagi dirinya untuk menyumbat gol. Beliau pernah memenagi Piala Dunia Remaja dan juga pingat emas Olimpik Beijing serta Copa America. Persembahan pertama beliau dalam arena bola sepak profesional adalah semasa dengan pasukan Barcelona iaitu ketika beliau berusia 17 tahun. Untuk pengetahuan anda juga, beliau juga merupakan pemenang Balo’on D’or serta pemain terbaik FIFA tahun lepas.

Baca Lagi

No.2 – Christiano Ronaldo

>c.ronaldo

Nama : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro

Pasukan Kebangsaan : Portugal

Kelab : Sporting Clube de Portugal (1997- 2003)

Manchester United (2003- 2008)

Real Madrid (2009- )

Pencapaian : Kelab

Liga English (3), Fa Cup (1) , Piala Liga (2), Community Shield (1), Piala

Kelab Dunia FIFA (1)

Individu

Ballon D’or (1) Pemain Terbaik FIFa (1),FIFA Puskas (1) Pemain Terbaik

uefa (1), Penjaring Terbanyak UEFA (1).

Gol sepanjang beliau main bola sepak untuk negara 26 bijik je setakat nie. Dengan kelab pulak 197 bijik gol untuk musim lepas.tapi jumlah tu cuma untuk gol perlawanan liga

 

 

No.3 – Xavier hernandez

xavi

Nama sebenar : Xavier Hernandez I Creus

Pasukan Kebangsaan : Sepanyol

Kelab : Barcelona F.C

Posisi : pemain tengah

Pencapaian : Kelab

La Liga (5), Piala Sepanyol (1), Spain Supercup (4), UEFA Liga Juara- Juara (2), UEFA Supercup (1), FIFA Club World Cup (1)

Pencapaian individu memang banyak antara yang paling berprestij tempat ke- 3 Ballon D’or 2009- 2010,(no 1 Messi, no- 2 Iniesta semua Barcelona), beliau nie jugak dapat anugerah FIFpro,anugerah pemain tengah terbaik La Liga.

 

 

No.4 – Andres Iniesta

200px-Andrés_Iniesta_-_001

Andres Iniesta Lujan nama btul beliau.sorang pemain kebangsaan Sepanyol dan Barcelona,err,,barcelona lagi?..pemain profolik berbadan kecil nie mampu bermain di mana-mana posisi. Namun Pep guardiola lebih gemar letak beliau di posisi tengah penyerang atau sayap kiri dan kanan. Beliau jugak lah yang menjaringkan gol kemenangan sewaktu Final Piala Dunia 2010 ketika menentang Belanda. rasanya kami tak perlu bagi info banyak pasal Iniesta sebab beliau memang hebat dan tenang jer sewaktu bermain bola..kan??

No.5 –  David Villa

villa

Nama : David Villa Sanchez

Pasukan Kebangsaan : Sepanyol

Kelab : Barcelona F.C

Posisi : penyerang (cf), penyerang kedua(ss),tengah menyerang (amf),

David Villa mulakan kerjaya sebgai pemain bola sepak profesional dari kelab Sporting Gijon (1999- 2003), kemudian berpindah ke Real zaragoza (2003- 2005), dan ke Valencia (2003 – 2010) dan sekarang beraksi untuk Barcelona.

Boleh dikatakan beliau ni kerap menjaringkan gol pada setiap perlawanan terutamanya pada Piala Dunia 2010 lepas. Beliau juga berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak dengan Diego Forlan. Gol keseluruhan beliau untuk liga setakat april 2011 tahun ni adalah sebanyak 266 gol.

 

 

No. 6 – Wesley Sneijder

sneijder

Wesley Sneijder adalah pemain kebangsaan Belanda, bakat beliau di sedari oleh pasukan Ajax. Bermain untuk pasukan Ajax 2002- 2007 dan menjaringkan gol sebanyak 44 bijik. Ini merupakan jumlah yang besar bagi seorang pemain tengah. Kemudian beliau berpindah ke Real Madrid namun agak tengelam di Santiago Bernabue lalu berpindah ke Internazionale Milan atau Inter Milan di San Siro sehingga sekarang.

Di peringkat antarabangsa, Sneijder membantu Belanda hingga ke final bertemu Sepanyol. Menjaringkan gol tercantik ketika menetang Jepun.

Di calonkan sebagai pemain terbaik Liga Juara- Juara Uefa 2010 selepas membantu Inter Milan.juga mendapat anugerah Best freekick taker belanda.memang mantap!

 

No.7 – Bastian Schweinsteiger

bastian_schweinsteiger

Nama: Bastian Schweinsteiger

Negara : German

Kelab : Bayern Munich fc

Posisi : Pemain Tengah (cmf,)

Seorang pemain tengah yang berbadan tegap lagi tinggi. Sebenarnya beliau jugak seorang peluncur ski profesional!hebat mamat ni bukan?!. Bagus di udara dan juga mampu membuat hantaran lintang dan sepakan padu ke arah gol, memang suatu pakej lengkap untuk seorang pemain tengah. Setakat ini, beliau bermain hanya dengan kelab Bayern munich sahaja.

No. 8 – Philip Lahm

lahm1

Nama : Philipp Lahm

Negara : German

Kelab : Bayern Munich

Posisi : Bek kanan (WBR)

Sorang lagi pemain Jerman yang laju lagi licik. Bermain di posisi pertahanan kanan, kadang-kadang menyerang sebagai wingback. Walaupun tidak banyak anugerah diterima namun bakatnya cukup bersinar ketika Piala Dunia 2006 dan 2010. Setakai ini beliau sudahpun beraksi bersama kelab Vfb Stuggart dan Bayern Munchen.

 

No.8 – Charles Puyol

carlespuyol_176157

Bagi peminat Bola Sepak, tak mungkin ada siapa yang tidak kenal dengan mamat nie.. Charles Puyol dari Sepanyol, yang juga beraksi dengan kelab Barcelona..(lagi)? pertahanan tengah yang kuat, laju, kejam di padang. Tetapi mungkin ada yang tidak tahu bahawa mamat nie pernah memulakan langakah bermain bola sepak di posisi keeper,kemudian penyerang, last sekali apabila dah masuk pasukan muda Barca barulah beliau dapat bermain di posisi pertahanan.

Doktor pasukan Barca menyifatkan puyol sebagai pertahanan yang punya reaksi yang laju,dan stamina yang tak pernah kurang.(KakiHeboh.com: makan apa ler agaknya)

Beliau juga dinobatkan sebagai pertahanan terbaik dunia 2010, UEFA.

 

 

No.9 – Sergio Ramos

4110254

Nama : Sergio Ramos Garcia

Negara : Sepanyol

Kelab : Sevilla(2003- 2005), Real Madrid (2005 – )

Posisi : pertahanan kiri/ kanan

Nie pemain feveret nie. Pertahanan yang selalu menyerang ketika beraksi, punya skill mengelecek yang tinggi dan mampu melakukan hantaran yang sangat cantik.

jugak salah seorang pemain semasa final piala dunia 2010.

No.10 – Maicon Douglas Sisenando

>maicon

Nama : Maicon

Negara : Brazil

Kelab : Internazionale Milan.

Posisi : Bek kanan/ bek tengah

 

 

No.11 – Iker casilas

Iker-Casillas-2

Iker Casillas Fernandezs, mungkin penjaga gol keper terpopular rasanya selepas kejadian beliau mencium aweknya juga sorang wartawan sukan Sara Carbonero.

Namun ketangkasan beliau di padang memang tak dapat di nafikan.laju,mampu meramal gerakan,dan tenang,

Pencapaian : menang anugerah penjaga gol Liga Spain sebanyak 4 kali,penjaga gol terbaik dunia 2010,

KakiHeboh.com: Diorang semua ini bermula dari bawah dan cukup gigh untuk menjadi yang terbaik,so anda semua boleh tiru semangat diorang untuk jadi yang terbaik,tapi kalau boleh jangan tiru gaya hidup diorang. hehe :)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment