≡ Menu

[GAMBAR] 5 Tempat Paling Menarik Di Paris

Paris adalah ibu kota Perancis dan merupakan kota yang paling sering dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Begitu terkenal dengan kawasan yang amat diminati oleh pasangan yang baru sahaja berkahwin untuk berbulan madu disana. Kami disini ingin berkongsi maklumat tentang tempat yang menarik di Paris. Mana la tahu jika anda mahu ke sana satu hari nanti.. 😀

Menara Eiffel

eiffel

Terhasil dari rangkaian 18,083 besi yang dibangun antara tahun 1887 hingga 1889. Meskipun ia dibina untuk merayakan Seabad Revolusi Perancis, pembinaannya sendiri telah mengundang kritikan hebat daripada seluruh warga Perancis. Pendapat dikalangan seniman, mereka menilainya ia tidak ada keindahan seni, sedangkan para arkitek pula berdebat dengan ketahanan angin pada strukturnya. Meskipun begitu, ikon Perancis ini tetap sentiasa dikunjungi oleh jutaan orang pelancong setiap tahun. Mungkin lebih ramai lagi pelancong yang ingin melihat Paris dari ketinggian 275 meter.

Lihat 4 Lagi Tempat Menarik Di Paris..

Arch de Triomphe

Arch de Triomphe

Arch de Triomphe dibangun oleh Napoleon pada tahun 1806 sebagai simbol kemenangan Perancis. Sayangnya, Napoleon telah digulingkan sebelum bangunan ini siap didirikan sepenuhnya.

Champ Elysee

Champ Elysee

Menjadi salah satu kawasan elit di Paris yang digunakan sebagai tempat perlancongan. Kenyamanan udara disini juga terjamin segar.

Place de la Concorde

Place de la Concorde

Lain pula dengan cerita Place de la Concorde . Tempat perlancongan ini merupakan sambutan tertinggi dikalangan pelancong apabila ke Paris. Ia dibangun pada 1755 di tanah seluas 86,400 meter. Ciri khas tempat ini adalah monumen serta air pancut yang menarik.

Muzium Du Louvre

Musee Du Louvre

Muzium Du Louvre merupakan salah satu museum seni terbesar di seluruh dunia. Jika anda tidak menyukai seni, tetapi ingin memenuhi kehendak rasa ingin tahu anda tentang lukisan Monalisa (di Paris ia disebut “la joconde”), atau mungkin anda tertarik dengan buku berjudul “The da vinci Code”, maka anda harus masuk ke muzium ini.

Muzium ini mempunyai lebih dari 35,000 objek seni yang berasal sejak dari zaman pra-sejarah hingga abad ke-19 ini. Anda harus datang ke sana pada seawal waktu pagi sekitar jam 9 pagi karana barisan beratur menunggu giliran sudah semestinya sangatlah panjang!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment