≡ Menu

[GAMBAR] Al-Kisah Kamen Rider

Seorang penunggang bertopeng? Hero yang cuba menyelamatkan bumi daripada diserang oleh musuh yang ingin menakluki dan menawan bumi? Siri Kamen Rider bagaikan drama yang sangatlah panjang ceritanya dan amat menarik minat kanak-kanak dan juga golongan dewasa!

kamenriderthree

Kamen bermaksud topeng / bertopeng dan Rider pula adalah penunggang. Adakah anda salah seorang peminat siri tokusatsu? Nah kami berikan anda imbasan kembali mengenai cerita bersiri Kamen Rider daripada yang pertama sehinggalah 2011!!

Baca Lagi..

Kamen Rider

v1v2

Siri Kamen Rider yang pertama hanya diberi tajuk sebagai “Kamen Rider”! Ianya telah ditayangkan pada tahun 1971 hingga 1973. Terdapat 2 Kamen Rider yang bertempur melawan kejahatan iaitu Shocker dan kemudian Gelshocker! Mereka berdua diberi nama Kamen Rider V1 dan Kamen Rider V2. Terdapat 98 episod dalam siri ini dan merupakan siri Kamen Rider yang terpanjang ceritanya sehingga sekarang!

aBEL Rubella : Secara peribadi, saya tidak begitu meminati V1 & V2..
KakiHeboh.Com : Secara peribadi, macam kanak-kanak rebina author ni kan?

Kamen Rider V3

v3

Selepas habis tamat siri Kamen Rider yang pertama, kemudian siri Kamen Rider V3 telah ditayangkan pada tahun 1973 hingga 1974 yang mengandungi 52 episod dan merupakan sambungan kepada siri Kamen Rider yang pertama! Kamen Rider V3 ini banyak mengisahkan tentang Shiro Kazami (Watak hero V3) yang ingin membalas dendam dengan sekumpulan penjahat yang telah membunuh keluarganya.

Kamen Rider yang ke 4 juga muncul dalam siri Kamen Rider V3 ini dan diberi nama sebagai Riderman! Walaupun Riderman wujud sebagai Kamen Rider yang ke 4, namun Riderman merupakan anti-hero Kamen Rider atau dalam erti kata yang lebih mudah difahami, beliau adalah Kamen Rider Jahat! Oh ya! Kamen Rider V1 & V2 dari siri yang pertama juga turut muncul dalam siri Kamen Rider V3 ini untuk membantu Kazami.

aBEL Rubella : Akhirnya, Riderman ni jadi Kamen Rider yang baik jugak..
KakiHeboh.Com : Ye laa.. cerita budak-budak memang cam gitu..

Kamen Rider X

x

Siri ini dipaparkan kepada umum pada tahun 1974 dan mengandungi 35 episod. Keisuke Jin dan bapanya Kentaro Jin telah diserang oleh Government Of Darkness (GOD). Keisuke dan bapanya Kentaro telah cedera parah selepas serangan tersebut. Akan tetapi, nak dijadikan cerita. Sebelum Kentaro (bapa kepada Keisuke) mati, Kentaro telah membedah anaknya yang cedera parah itu tadi dan telah menukarkan anaknya menjadi seorang Kamen Rider X. Adalah tu caranya.. Jika anda ada tonton Kamen Rider Black, haa.. Lebih kurang macam itu lah rawatannya. Tukarkan body manusia kepada cyborg. Banyak monster dalam siri Kamen Rider X ini berlandaskan mitos Yunani, haiwan dan tokoh-tokoh prasejarah.

aBEL Rubella : Tengok sikit-sikit je siri ni di YouTube.. Tak ade jumpa dvdnyer.. 🙁
KakiHeboh.Com : Dah teruk dah si aBEL ni..

Kamen Rider Amazon

amazon

Kamen Rider Amazon ditayangkan pada tahun 1974, selepas siri Kamen Rider X tamat sehingga tahun 1975. Hanya terdapat 24 episod sahaja. Merupakan siri Kamen Rider yang terpendek jalan ceritanya. Sejarah Kamen Rider Amazon ni pula macam lebih kurang sama sahaja dengan cerita tarzan. Sebab pada masa tahun 1970an ni, heboh satu dunia cerita Tarzan baru ditayangkan pada masa tu.

Daisuke Yamamoto, anak yatim yang telah hilang di Amazon kerana kapal terbang terhempas. Dia telah dijaga oleh puak suku kaum orang asli di Amazon sejak bayi sehinggalah dewasa. Ketika dia dewasa, kawasan Amazon telah diserang oleh Gorgos. Ramai yang telah terkorban termasuk seorang orang tua yang dipercayai dukun suku disana kerana serangan itu. Sebelum dukun tua itu mati, dia telah membuat jampi serapah serta sedikit pembedahan terhadap lengan Daisuke dengan menanamkan sesuatu yang dicari oleh Gorgos! Benda yang ditanam pada lengan Daisuke ini mampu membuatkan dia berubah menjadi Kamen Rider Amazon.

aBEL Rubella : Dah tengok siri ni! BEST sangat!!
KakiHeboh.Com : tengok aBEL ni dah TERUK sangat!!

Kamen Rider Stronger

stronger

Ditayangkan pada 1975. Shigeru Jou (watak utama) telah menyertai Black Satan selepas kawan baiknya mati dibunuh dan ingin membalas dendam. Namun, setelah sertai Black Satan rahsia pembunuhan kawan baiknya telah terbongkar. Kebenaran telah menunjukkan bahawa organisasi Black Satan lah dalang kepada pembunuhan kawan baiknya itu. Namun, dia tetap membenarkan dirinya dibedah oleh organisasi Black Satan untuk merubah diri menjadi seorang askar cyborg bagi kumpulan Black Satan ini. Maka disitulah wujudnya Kamen Rider Stronger yang berkebolehan dalam mengawal tenaga elektrik dan kilat dari tangannya sahaja. Setelah Black Satan dikalahkan oleh Stronger, Organisasi Delza telah muncul sebagai musuh baru.

aBEL Rubella : Dah tengok jugak siri ni! Boleh tahan la..
KakiHeboh.Com : Tak boleh tahan la..

Kamen Rider (Skyrider)

skyrider

Dengan 54 episod telah ditayangkan pada tahun 1979 hingga 1980. Kamen Rider telah menghidupkan kembali suasana gian Kaki Tokusatsu dunia selepas 4 tahun tiada produksi siri Kamen Rider baru! Siri ini merupakan remake version daripada siri yang pertama. Cuma, ada sesetengah idea dari siri Kamen Rider yang pertama ditukarkan konsepnya secara perlahan.

Hiroshi Tsukaba telah diculik dan bertukar menjadi Kamen Rider dengan pertolongan Doctor Shiro yang terselamat dari genggaman Neoshocker. Sepanjang siri ini, Kamen Rider lama turut muncul dalam babak tertentu untuk memeriahkan lagi siri ini.

KakiHeboh.Com : Tak komen ke yang ni?

Kamen Rider Super-1

Super-1

Pada tahun 1980 hingglah 1981, siri ini ditayangkan dengan sebanyak 48 episod. Kazuya Oki bercita-cita untuk menjadi seorang astronomi dan mesti melalui pembedahan yang membolehkan dirinya hidup di angkasa lepas. Kawasan Kazuya bertugas telah diserang oleh Empire Dogma dan ramai rakan sekerjanya mati dibunuh. Hanya dia sahaja yang terselamat dan bermulalah kerjaya dia sebagai seorang Kamen Rider.

KakiHeboh.Com : Yang ni pun tak nak komen?

Kamen Rider Black

black

Ditayangkan sejak 1987 hingga 1988, mempunyai episod. Setelah diculik oleh Gorgom pada malam ulang tahun kelahiran mereka yang ke 19, Kotaro Minami dan saudara tirinya, Nobuhiko Akizuki diserahkan kepada bahagian pengoperasian mutan dengan tujuan untuk menjadi calon untuk menjadi Creation King yang seterusnya. Kotaro dapat memboloskan diri sebelum otaknya dicuci untuk menghilangkan memori dan ingatan. Kotaro juga telah mengetahui kebenaran yang amat mengejutkannya dari ayah tirinya itu bahawa ibu dan bapa kandungnya telah dibunuh oleh Gorgom sekian lama dahulu. Diakhir cerita ini, Kamen Rider Black menempur dengan saudara tirinya, yang telah menjadi orang kanan Gorgom, iaitu.. Shadow Moon!

aBEL Rubella : Yes! Siri ni habis tengok! Syok wooo!!
KakiHeboh.Com : Yang ni terpaksa setuju.. memang best!

Kamen Rider Black RX

blackrx

Telah ditayangkan pada 1988 hingga 1989 dengan sebanyak 47 episod! Kamen Rider Black RX adalah siri yang ke sembilan. Selepas mengalahkan Gorgom pada siri Black, Minami Kotaro telah diculik oleh Crisis Empire. Minami telah diarahkan secara paksa untuk menyertai mereka tetapi dia berkeras untuk katakan tidak! Minami telah diletakkan di angkasa lepas dimana di telah bertukar menjadi Kamen Rider Black RX buat pertama kalinya disana. Pada 1989 ini, dikatakan siri inilah penamat bagi Kamen Rider.

aBEL Rubella : Tamat? Tak mungkin… hehe!

Kamen Rider Kuuga

kuuga

Pada tahun 2000 hingga 2001 sebanyak 49 episod telah ditayangkan. Ini merupakan Siri Kamen Rider yang pertama selepas 11 tahun tiada tayangan Kamen Rider. Yuusuke Godai terjumpa artifak lama yang membolehkannya bertukar menjadi Kamen Rider Kuuga untuk memerangi kejahatan Grongi. Namun, terdapat satu ikatan dan kaitan yang rapat berkenaan dengan Kuuga bersama Grongi satu ketika dahulu. Nak tahu? Tonton la cerita ni.

Kamen Rider Agito

agito

Kamen Rider Agito ditayangkan pada 2001 hingga 2002 sebanyak 51 episod. Shouichi Tsugami telah hilang ingatan, dan dia tinggal bersama dengan keluarga angkat dan berlawan dengan Unknown sebagai Kamen Rider Agito. Pada permulaan cerita siri ini tidak diberitahu bagaimana Tsugami mendapat kuasa Kamen Rider tapi akan diceritakan pada akhir cerita ini. Dalam Siri Kamen Rider Agito ini ada juga Kamen Rider G3, dan Gills yang bersatu menentang Unknown yang muncul serta turut mencari rahsia Agito yang telah hilang kerana Tsugami hilang ingatan.

aBEL Rubella : Saya paling suka Kamen Rider Gills dalam siri ni.. Dia ganaz!!
KakiHeboh.Com : Ape yang penting, budak-budak je tengok cerita ni..

Kamen Rider Ryuki

ryuki

Ditayangkan pada 2002 hingga 2003. Para-peminat Siri Tokusatsu lagi sekali telah menggeruni satu lagi siri Kamen Rider yang dianggap paling best pada awal tayangan! Namun agak kecewa dengan jalan ceritanya yang agak serabut dan tidak tersusun. Ryuki mengandungi 50 episod dan secara drastik telah merubah konsep Kamen Rider kepada “Contract Beast” dalam dunia cermin. Shinji Kido, seorang reporter adalah watak dimana yang menjadi Kamen Rider Ryuki. Shinji telah menyetai peperangan dengan 13 Kamen Rider yang lain dalam dunia cermin di siri ini. Semua pergaduhan setiap Kamen Rider adalah hanya untuk satu alasan kepada Kamen Rider itu tersendiri. Pemenang yang memenangi peperangan Kamen Rider ini akan dipenuhi satu permintaan hasrat hati mereka.

aBEL Rubella : Tak syok la.. Serius tak best..
KakiHeboh.Com : Yang Kamen Rider Dragon Knight tu ke?
aBEL Rubella : Bukan.. tu yang mat salleh buat, ni original Jepun buat. Tapi konsep jalan cerita sama.

Kamen Rider 555 (FAIZ)

faiz

Sejak 2003 hinggalah 2004, Kamen Rider 555 mengandungi 50 episod. Sekumpulan manusia yang terevolusi yang dikenali sebagai Orphnoch telah mengambil langkah untuk cuba menakluk bumi. Tidak diketahui berapa banyak penduduk yang benar-benar manusia dan bukannya Orphnoch. Manusia berevolusi yang dikenali sebagai Orphnoch ini dilindungi oleh sebuah syarikat bernama Smart Brain. Mereka telah mencipta tiga buah Rider Gear. Seorang pemuda bernama Takumi Inui enggan ditarik ke gelincahan dalam konflik antara Orphnoch bersama manusia dan telah menjadi Kamen Rider Faiz untuk menyelamatkan kehidupan. Ada juga dikalangan Orphnoch yang ingin berjuang untuk melindungi manusia daripada membunuh mereka.

aBEL Rubella : Agak best.. Antara siri yang saya minat..
KakiHeboh.Com : ……………………….. tah pape…

Kamen Rider Blade

blade

Pada tahun 2004 hingga 2005 dengan sebanyak 49 episod. Kamen Rider Blade adalah Kamen Rider bersistemkan kad. Kazuma Kenzaki baru saja menjadi salah seorang pengguna untuk sistem Kamen Rider iaitu Kamen Rider Blade. Kenzaki tanpa disedari telah menjadi sebahagian dari Battle Royale. Bergabung dengan tiga Kamen Rider yang lain, Kenzaki akhirnya harus membuat satu keputusan paling sukar dalam hidupnya dan membuat pilihan antara kebahagiaan teman-temannya dan keselamatan manusia.

aBEL Rubella : Tak tengok lagi siri ni..

Kamen Rider Hibiki

hibiki

Bermula ditayangkan pada 2005 hingga 2006. Kamen Rider Hibiki dilansungkan dengan 48 episod. Kamen Rider Hibiki difokuskan tentang cerita hubungan seorang guru dan murid, Asumu Adachi. Asumu Adachi adalah seorang budak lelaki yang tidak yakin akan kemampuan diri sendiri. Fokus kedua dalam siri adalah pertempuran usia tua dari Kamen Rider (yang disebut sebagai Oni dalam cerita ni), dan Makamo, kejahatan yang hanya dapat dikalahkan dengan menggunakan “suara murni”.

aBEL Rubella : Pun tak tengok lagi siri ni, tapi rasanye macam tak best je sebab Kamen Rider yang ada alat muzik..

Kamen Rider Kabuto

kabuto

Dengan 49 episod dan ditayangkan pada tahun 2006 hingga 2007. Kamen Rider Kabuto bercerita tentang kisah seorang lelaki yang bernama Souji Tendou. Dia telah berlatih hampir sepanjang hidupnya sambil menunggu kedatangan Zecter Kabuto. Dan satu hari Zecter Kabuto datang dan membolehkan dirinya bertukar menjadi Kamen Rider Kabuto. Tendou berusaha untuk mencapai satu matlamat dimana untuk melindungi seorang gadis yang bernama Hiyori dengan menghancurkan Worms.

aBEL Rubella : Yang selalu disebut oleh Tendou, “Nenek pernah berkata..” hehe..

Kamen Rider Den-O

den-o

2007 hinggalah 2008 untuk 49 episod! Kamen Rider Den-O oleh Ryotaro Nogami, seorang pemuda yang asyik sangat bernasib malang dan telah dikesan sebagai “titik tengah”. Manusia yang boleh wujud dalam masa depan dan lampau, itulah titik tengah. Dia juga telah disampuk dengan kehidupan zaman akan datang yang dipanggil Imagin. Siri ini merupakan siri yang paling kelakar dengan gelagat Ryotaro yang lembut bersama-sama dengan imaginnya yang berlainan perangai. eh yaa.. Ryotaro ada 4 imagin.

aBEL Rubella : DenLiner, dimanakah perhentian seterusnya? Masa depan? Masa lampau?

Kamen Rider Kiva

kiva

Ditayangkan pada 2008 hingga 2009 sebanyak 48 episod. Dalam siri Kamen Rider Kiva ini agak memeningkan pada permulaan cerita kerana ia melibatkan 2 zaman dalam 1 cerita. Kurenai Wataru adalah pemuda yang bertukar menjadi Kamen Rider Kiva untuk melawan musuh yang dikenali sebagai Fangire pada tahun 2008 dan pada 1986, berceritakan tentang ayah kandungnya Kurenai Otoya ada “skandel” dengan permaisuri Fangire dan menyebabkan kelahiran Kurenai Wataru.

aBEL Rubella : Sangatlah best siri ni!!
KakiHeboh.Com : sume best kan?? kan??

Kamen Rider Decade

decade

Pemuda yang menjadi Kamen Rider Decade, telah hilang ingatan tentang masa silamnya pada permulaan cerita ini. Tsukasa Kadoya mesti melindungi dimensi dirinya daripada dimusnahkan oleh sembilan Kamen Rider dari siri yang lalu dengan pergi ke dimensi Kamen Rider tersebut serta menyelesaikan masalah disana. Siri Decade mempunyai 31 episod.

aBEL Rubella : Kenapa mesti Pink!!
KakiHeboh.Com : Kamen Rider lembut le ni…

Kamen Rider W

w

W ditayangkan pada akhir tahun 2009. Shotaro Hidari dan Philip, merupakan 2 pemuda yang bertukar menjadi seorang Kamen Rider. Mereka menggunakan USB flash drive?? untuk bertukar. Yang bertukar menjadi rasaksa dipanggil sebagai Dopant. Kamen Rider Accel juga muncul dalam siri ini. Terdapat 49 episod dalam siri ini.

Kamen Rider OOO

ooo

OOO, sebutannya “O’z“, ditayangkan pada akhir tahun 2010. Eiji Hino secara tidak sengaja telah dipilih oleh Ankh untuk berlawan dengan Greeed, kejahatan yang mempunyai kuasa mistik syiling dikenali sebagai Core Medal. Ankh, menggunakan Eiji Hino dan memberikannya tali pinggang OOO untuk menukarkan Eiji kepada Kamen Rider OOO dan juga mendapatkan Medal kepadanya.

aBEL Rubella : Kamen Rider OOOh..
KakiHeboh.Com : OooOOOooOOooOOO.. (tarzan)

————————

KakiHeboh.Com : Ada juga Kamen Rider lain yang muncul hanya dalam bentuk movie tidak kami nyatakan di dalam entri ini.

Anda tak suka Kamen Rider? Tapi suka power ranger? Usah risau, mari baca Al-Kisah Power Rangers!!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment