≡ Menu

[GAMBAR] Durian Merah

Durian adalah salah satu tumbuhan dari genus Durio yang mampu menghasilkan buah yang boleh di makan. Durian mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri dan bau yang kuat. Durian juga merupakan buah-buahan tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Durian boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih kurang 30 cm dengan diameter lebih kurang berukuran 15 cm dan beratnya mampu mencapai sehingga 3Kg.


Biasanya isi buah durian berwarna kekuningan dan kelihatan enak untuk dimakan. Tetapi pernahkah anda melihat isi durian berwarna merah?? Pasti ada diantara anda yang sudah pernah melihat bahkan mungkin pernah merasanya. Kepada anda yang belum pernah melihat isi durian bewarna merah kini eksklusif di KakiHeboh.Com kami dedahkan kepada anda beberapa gambar isi durian berwarna merah.

Pokok Durian Merah

KakiHeboh.Com : Nama saintifik bagi Durian Merah ini ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah, durian ini dikenali dengan nama Durian Dalit dan warga Kadazandusun di sana sering menyebutnya sebagai sukang atau tabelak. Rasanya lebih lemak jika dibandingkan dengan durian yang biasa. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment