≡ Menu

[GAMBAR] Istana-Istana Dunia

Istana merupakan tempat tinggal raja dan permaisuri serta hulu balang raja. Istana juga menjadi pusat pentadbiran untuk satu kawasan yang ditaklukinya. Fungsi kerajaan berpusat di istana sebagai pusat pentadbiran di satu kawasan. Kebiasaannya, istana akan dibina dengan tersergam indah. Keunikan seni rekanya, bentuknya, saiznya dan macam-macam lagi yang melambangkan keperibadian sesebuah kerajaan tersebut. Berikut, kami sertakan beberapa gambar menarik tentang istana.

Dibina pada kurun ke 11, dan diruntuhkan sepenuhnya pada tahun 1423, dan kemudiannya dibina semula pada 1461. Istana Hohenzollern di Jerman ini dibina setinggi 855m dan ditempatkan di atas puncak bukit Gunung Hohenzollern.

Baca Lagi..

 

Istana Howard di England ini adalah merupakan kediaman bagi keluarga keturunan Howard sahaja. Mengikut sumber, keluarga Howard telah mendiami Istana ini selama lebih 300 tahun. Ianya dibina pada penghujung kurun ke 17 dan siap dibina selepas 15 tahun kemudian.

Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana terletak di Batusangkar, Kabupaten Tanah Datar Sumatra Barat. Istana ini merupakan bangunan yang terkenal di Sumatera Barat.

 

Istano Basa yang berdiri teguhnya sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa yang asli terletak di atas Bukit Batu Patah dan habis terbakar dalam sebuah rusuhan besar pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan semula namun kembali terbakar tahun 1966.

 

 

Terletak disebuah kota lama Segovie di tengah-tengah bandar raya Sepanyol. Istana Alcázar of Segovia ini pada mulanya adalah kubu pertahanan tentera-tentera Arab pada kurun ke 12 dahulu. Pada Zaman Pertengahan , Istana ini adalah kunci kepada kekuatan tentera Sepanyol.

 

 

Istana Himeji adalah kompleks yang menakjubkan! Ianya terdiri daripada 83 bangunan kayu, dan juga dikenali sebagai White Castle Heron kerana eksterior warna putih yang mengagumkan. Gerbang dan Baileys direka sedemikian rupa kerana ramai penceroboh yang sering mendekati kawasan berkenaan. Awalnya dibina pada abad ke-14 dan terletak di kawasan-kawasan Kansai, Jepun.

 

 

Istana Prague di Republik Czech ini adalah salah satu istana terbesar dan tertua di dunia. Istana ini berukuran 570 meter panjang dan 130 meter lebar dan reka bentuknya mewakili setiap peringkat gaya senibina milenium zaman terakhir, dari Gothic kepada ciri Rom dan Baroque. Bangunan pertama kompleks muncul seawal kurun ke-9.

 

 

Istana Peles dibina pada tahun 1873 dan terletak di kawasan ideal di pergunungan Carpathian Romania. Istana Peles juga merupakan sebuah pembinaan Istana dongeng yang bertukar menjadi realiti.

 

KakiHeboh.Com : Nah.. korang tengok la lagi gambar-gambar istana ni semua..


Istana Chambord, Perancis
Istana Carfe, England
Istana Matsumoto, Jepun
Istana Neuschwanstein, Jerman
Istana Conwy, Wales
Istana Eilean Donan, Scotland
Istana Burg Eltz, Jerman
Istana Guaita Fontress, San Marino
Istana Neuchatel, Switzerland
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment