≡ Menu

[GAMBAR] Kambing Biri-Biri Merah

Melihat dari tajuknya saja sudah pasti anda hairan bukan? Pasti ada antara anda yang terfikir betulkah kambing biri-biri berwarna merah? Sedangkan secara lazimnya kambing biri-biri bewarna putih, coklat dan sedikit hitam (kelabu). Apabila sesuatu yang berlaku diluar kotak pemikiran kita pasti kita ingin tahu bukan kenapa sesuatu itu berlaku.


Kambing biri-biri merah ini sememangnya wujud dan hanya ada di Scotland. Sebenarnya Kambing biri-biri ini bewarna merah kerana penternaknya mewarnakan biri-biri ini dengan warna merah. Hal ini terjadi kerana penternak itu berasa bosan dengan suasana ladang biri-birinya lalu mewarnakan biri-birinya dengan warna merah.

Selain itu, tujuan lain dia mewarnakakn biri-birinya berwarna merah supaya mudah untuk dia mengenalpasti biri-biri miliknya. Walaubagaimanapun, hasilnya cukup mengagumkan kerana ramai orang sukakan warna kambingnya. Oleh kerana perhatian yang diberikan cukup memberangsangkan, si pemilik kambing biri-biri itu bercadang untuk menggunakan warna lain pula supaya suasana ladangnya akan lebih meriah. Mari kita lihat biri-biri merah milik beliau.

Shenz : Lihat juga Gambar Durian Merah

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment