[GAMBAR] Kasut Dari Bahagian Badan Haiwan

Gambar kasut dalam entri ini diperbuat oleh seorang pereka fesyen yang bernama Iris Shieferstein berasal dari Jerman. Kasut pelik ini sebenarnya dicipta dari bahagian-bahagian badan haiwan yang telah pun mati. Pereka fesyen ini menggunakan kaki kuda, kulit haiwan seperti kulit ular dan juga seekor burung yang telah mati untuk dijadikan sebagai hiasan pada kasut.

Iris-Shieferstein-shoes3-550x310

Iris-Shieferstein-shoes4

Benarkah ada orang di luar sana yang sanggup memakai kasut-kasut ini untuk berjalan-jalan? Iris Shieferstein yang berusia 45 tahun menggunakan pelbagai bahagian-bahagian dari haiwan yang telah mati untuk membuat kasut yang unik. Beliau akui bahawa ciptaannya itu tidak selesa dipakai, tetapi amat cantik dan menawan jika dipakai. Kasut daripada bahagian haiwan yang telah mati ini telah dipamerkan di pameran di seluruh dunia. Tetapi sehingga ini, masih tiada sebuah syarikat pun yang berani untuk menghasilkan kasutnya itu untuk dijual kepada orang awam.

Iris-Shieferstein-shoes5-550x550

Iris-Shieferstein-shoes

Sebagai permulaan, Iris bermula dengan mengumpul bahagian-bahagian haiwan yang mati. Perihal ini tidak sukar baginya kerana mudah untuk mendapatkan bahagian-bahagian haiwan seperti kaki kuda di Jerman. Sebaik sahaja Iris terjumpa haiwan yang mati di jalan raya, beliau akan kutip dan simpan untuk mendapatkan kulit.

Iris-Shieferstein-shoes2

aBEL Rubella : Kalau anda, rela tak nak pakai kasut ni? Laman web pereka kasut ni.. iris-schieferstein.de

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments yet.

Leave a Reply

:)