Seorang artis yang bernama Rashad Alakbarov telah mencipta satu teknik lukisan baru dengan mempamirkan bayang-bayang pada dinding dengan bantuan lampu oleh bahan asas gunaan harian. Hasil beliau amat menakjubkan kerana beliau telah mencipta sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana artis yang lain.
Kata Rashad Alakbarov, imaginasi amat penting dalam melakukan seni bayang-bayang ini. Antara barangan yang digunakan untuk menghasilkan bayang-bayang adalah barangan yang biasa kita dapat lihat. Ianya adalah seperti botol plastik kosong, paip logam atau cebisan cahaya plastik dan lain-lain lagi dimana ia boleh didapati didalam rumah sahaja.
Siapa sangka dengan hanya menyusun barangan biasa yang kita sentiasa capai, ia dapat menghasilkan satu seni yang amat bernilai. Melihat kepada cara pengkhususan teknik ini tidaklah sesukar mana tetapi tahap imaginasi perlu tinggi oleh individu tersebut untuk menghasilkan satu seni yang menarik.
aBEL Rubella : Lelaki ni memang awesome!

