≡ Menu

[GAMBAR] Kecantikan Masjid Malaysia

Tahukah anda dari mana perkataan masjid di ambil?? Masjid diambil dari perkataan Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid tidak mempunyai reka bentuk yang tetap kerana seni bina masjid di sesuatu tempat bergantung kepada revolusi budaya yang diadaptasi daripada beberapa budaya setempat.


Saban tahun negara Malaysia akan dibanjiri dengan ribuan pelancong yang ingin melihat keindahan panorama dan budaya setempat. Salah satu destinasi yang banyak  menarik perhatian pelancong adalah masjid. Walaupun masjid merupakan tempat beribadah bagi umat Islam tetapi masih ramai pelancong berlainan agama ingin hendak ke masjid terutama Masjid Kristal di Terengganu. Kenapa yerr??? Mestilah sebab seni bina  masjid kita yang unik dan cantik. Pada entri kali ini, kami ingin memaparkan kepada anda  masjid-masjid yang cantik dan indah tersergam di Malaysia.

Masjid Ubudiah

Masjid ini telah diilhamkan oleh Sultan Idris. Masjid ini terbina apabila Sultan Idris telah bernazar ingin mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih dari penyakitnya. Masjid ini adalah merupakan antara masjid yang tercantik didunia. Kuala Kangsar, Perak disitulah tempat terbinanya masjid ini.

 

Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid ini diperhalusi melalui seni binanya ala-ala seni Timur tengah dan dicampur adukan dengan seni bina melayu. Masjid ini dikatakan mirip dengan Masjid Biru di Istanbul. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur.

 

Masjid Kristal

Masjid ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Masjid ini dibina dari kaca dan keluli dengan keluasana 2146 meter persegi. Masjid ini telah dilengkapi dengan teknologi canggih terkini seperti Wifi. Masjid yang boleh memuatkan kira-kira 700 jemaah ini terletak dalam dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

 

Masjid Putra

Masjid ini merupakan salah satu simbolik dan mercu tanda bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dan sudah tentulah masjid ini terletak di Putrajaya berdekatan dengan Perdana Putra, bersebelahan pejabat Perdana Menteri Malaysia dan berhampiran dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1999 dan mula dibina pada 1997.

 

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid ini terletak di Negeri Dibawah Bayu iaitu Sabah. Dengan keluasan 14.83 hektar dan dianggarkan boleh memuatkan sehingga 12 ribu jemaah masjid ini memakan kos sebanyak RM 34 juta. Masjid ini merupakan masjid yang utama selepas Masjid Negeri. Masjid ini telah dibuka kepada umum pada 2 Februari 2000 sempena pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.

 

Shenz : Perkara yang paling ditakuti yahudi ialah apabila jemaah solat subuh diseluruh dunia hampir menyamai jemaah solat Jumaat. Nantikan info menarik tentang masjid pada entry akan datang.. heeee 🙂 saja nak kasi  heboh

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment