≡ Menu

[GAMBAR] Minyak Wangi Yang Berbau Seperti Produk Apple

Apple MacBook Pro bukanlah komputer riba yang murah untuk dibeli tetapi jika anda ingin membuatkan komputer riba milik anda dan juga badan anda sendiri berbau sama seperti Apple MacBook Pro, anda masih boleh lakukannya dengan meletakkan minyak wangi khas yang dicipta bernama Fragranace.

Minyak Wangi..

Minyak Wangi..

Minyak Wangi..

Apple Macbook Pro

Minyak wangi ini mungkin boleh dinobatkan sebagai minyak wangi yang paling pelik sekali yang pernah dicipta. Mereka yang bekerja di dalam pejabat mungkin akan gemar menggunakan minyak wangi ini kerana untuk menggabungkan aroma badan dengan persekitaran pejabat. Formula minyak wangi ini dibangunkan oleh Melbourne yang berasaskan artis-artis seni bernama Gavin Bell, Jarrah de Kuijer serta McGlinn Simon.

Jika anda sebenarnya berfikir untuk membeli sebotol minyak wangi yang mengeluarkan bau produk Apple ini, baik anda lupakan sahaja niat anda itu kerana winyak wangi ini dicipta hanya untuk digunakan semasa pameran Standard de facto dan tidak dicadangkan untuk dijual sebagai produk komersial melainkan terdapat permintaan yang tinggi terhadapnya.

minyak wangi

aBEL Rubella : Agak-agak, ape sumber pati minyak wangi ni?

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment