≡ Menu

[GAMBAR] Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila

Paulo Henrique dos Santos merupakan seorang pemuda warga negara Brazil. Beliau merupakan peminat tegar atau kipas susah mati dengan watak Incredible Hulk. Dalam satu aktiviti kawasan setempat, beliau telah mengecat dirinya dengan cat perindustrian yang berwarna hijau dan malangnya didapati, cat tersebut tidak dapat hilang dari badan dan ia kekal.

Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila..

Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila..

Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila..

Peminat Incredible Hulk ini sentiasa berangan-angan untuk menjadi seorang superhero seperti Hulk dan ia adalah mustahil untuk membuatkan badannya sama seperti Hulk. Beliau berumur 35 tahun dan secara tidak lansung atas kejadian malang yang berlaku pada dirinya telah membuatkan dirinya menjadi popular di Villa Cruzeiro favela Rio Janeiro. Cat perindustrian yang digunakan adalah cat yang digunakan untuk peluru berpandu balistik dan kapal selam nuklear.

Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila

Beliau telah mandi sebanyak 20 kali dalam masa dua hari kerana terdesak untuk membuang kesan cat yang telah dicatkan pada badannya tetapi masih gagal. Beliau juga tidur di dalam bilik yang dipenuhi dengan beg plastik sepanjang malam kerana takut cat industri pada badannya boleh menyebabkan keracunan plumbum.

Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila

Pada ikhtiar yang terakhir, seluruh keluarga dan rakan-rakannya turut membantu dalam menggosok-gosok badan beliau selama 24 jam untuk membuang kesan cat tersebut. Kerjasama mereka telah membuahkan hasil dan beliau berkata beliau tidak pernah menyesal dengan kejadian tersebut.

Peminat Incredible Hulk Buat Kerja Gila

aBEL Rubella : Bukan macam Hulk, tapi nampak macam The Mask je.. hoho.. 😛

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment