≡ Menu

[GAMBAR] Restoran Pelik Dan Unik




Seperti yang sedia maklum restoran menyediakan tempat untuk menikmati hidangan serta menetapkan tarif tertentu untuk makanan dan pelayanannya kepada masyarakat. Dengan lebih mudah tempat untuk makan, minum dan berbual.

95308024
Baca Lagi..
Tapi pernahkah anda terfikir setiap restoran perlu ada daya penarik untuk menarik minat pelanggan supaya datang ke restoran mereka?? Tentu saja banyak daya penarik yang tercetus bagi menarik perhatian pelanggan. Dan secara tidak langsung terciptalah restoran-restoran yang pelik dan aneh yang sekaligus menjadi popular dan menarik. Esklusif  di KakiHeboh.Com kami memaparkan kepada anda beberapa restoran pelik dan aneh yang ada diseluruh dunia.

1. Restoran Ala-ala Penjara (ITALY)

Restaurant in a Prison (Italy)

Restoran ini mempunyai prosedur keselamatan yang agak tinggi kerana setiap orang yang masuk akan diperiksa latar belakangnya dan restoran ini mempunyai ramai pengawal. Restoran ini asalnya dari Penjara di Fortezza Medicea, Itali atau lebih dikenali Restaurant in Jail.

2. Restoran Pokok ( NEWZEALAND )

images (6)
Restoran ini dikenali dengan nama Tree Restaurant in. Restoran ini berkonsepkan kepompong rama-rama yang tergantung di atas pokok. Dengan lebar 10 meter dan tinggi 12 meter restoran ini hanya mempunyai 18 tempat duduk.

3. Restoran Ninja (USA)

images (3)
NYC Ninja restoran sudah tentulah berkonsepkan ninja. Pelanggan akan dapat merasai suasana ninja kuno. Pelanggan juga akan dilayan oleh pelayan-pelayan yang memakai seragam ninja dan dilayan ala-ala ninja seperti dibawa ke lorong gelap (ruangan makan).

4. Restoran Robot (CHINA)

images (4)
Restoran ini telah diasaskan oleh Shandong Dalu Sains dan Teknologi Syarikat. Restoran ini merupakan sebuah restoran makanan daging dan sayur di wilayah Shandong China utara. Restoran ini mempunyai 12 robot pelayan automatik.

5. Restoran Kondom (THAILAND)

images (2)

Restoran ini menjadikan beberapa kondom sebagai perhiasan didinding dan beberapa keping gambar kondom kelihatan di lantai. Kebiasaannya selepas makan malam pelanggan akan di hidangi makanan yang menyerupai kondom.

6. Restoran Hospital (LATVIA)

images

Restoran ini ini dikenali dengan nama “hospitalis”. Restoran ini adalah hak milik seorang doktor. Restoran yang secara keseluruhannya mempunyai rekaan ala-ala hospital. Dimana  kesemua pelayannya memakai seragam seperti jururawat dan mengenakan rambut berwarna merah.

7. Restoran Kubur (INDIA)

images (5)
Restoran ini tentu saja bertemakan kubur dan pastinya di dalam restoran ini terdapat replika kubur dan keranda. Lebih memeranjatkan restoran ini dibina didalam kawasan perkuburan dan dikatakan didalam restoran ini juga terdapat makam.

8. Restoran Rumah Hijau (AMSTERDAM)

restoran-unik3
Restoran ini juga dikenali dengan nama De Kas Restaurant. Restoran ini sudah semestinya mempunyai pemandangan yang menarik kerana ia berkonsepkan rumah kaca atau rumah hijau terutama pada waktu siang. Restoran ini juga mempunyai pencahayaan yang baik dan dilengkapi dengan sistem penghawa dingin. Restoran ini mampu menampung antara 100 hingga 140 orang dalam satu masa.

 

Teruskan lagi, restoran-restoran aneh menanti anda..

 

9. Restoran Ais (DUBAI)

images (7)
Dengan keluasan 2,400 kaki persegi dan suhu hanyalah 6 darjah celcius restoran ini juga mempunyai kawasan untuk memanaskan badan selain memberikan pelanggan jaket bertudung, sarung tangan, dan kasut untuk menahan kesejukkan direstoran ini. Restoran ini lebih dikenali dengan nama Ice Restaurant.

10. Restoran Perubatan (TAIPEI)

Medical Restaurant (Taipei)4
Medical Restaurant atau lebih dikenali DS Music Restaurant. Restoran ini menggunakan khidmat pelayan dengan pakaian seragam jururawat. Dikatakan pemiliknya mendapat idea menggayakan pelayan restoran ini berkonsepkan jururawat adalah untuk mengungkapkan rasa terima kasihnya untuk rawatan yang diterima direstoran itu.

11. Restoran Bawah Laut (MALDIVES)

images (1)
Submarines Restaurant ini merupakan restoran bawah laut yang pertama di dunia. Dengan pemandangan laut dan dikelilingi terumbu karang restoran ini terletak 5 meter dibawah gelombang laut Lautan Hindi. Restoran ini diperkenalkan pada April 2007 di Hilton Maldives Resort & Spa.

12. Restoran Gelap (CHINA)

Dark Restaurant (China)2
Restoran ini terletak di Beijing,China dan merupakan restoran gelap pertama di Asia yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 23 Disember 2006. Restoran ini dikatakan gelap kerana dicat sepenuhnya dengan warna hitam. Pelanggan yang datang akan disambut oleh pelayan yang memakai kacata mata “night vision” ke ruangan makan yang gelap gelita dan akan dibantu untuk mencari tempat duduk mereka. Difahamkan restoran ini melarang barangan bercahaya seperti jam yang ada lampu dan “Handphone” untuk dibawa masuk kedalam restoran ini. Restoran ini lebih sinonim dengan nama Dark Restaurant.

13. Restoran Angkasa (BELGIUM)

Restaurant in the Sky (Belgium)Restaurant in the Sky (Belgium)3
Restoran yang terletak di Brussels, Belgium ini lebih dikenali dengan nama Dinner in The Sky Restaurant. Dengan ketinggian 150 kaki, restoran ini hanya mampu menampung sehingga 22 orang ke udara. Restoran ini hanya menggunakan sistem kren untuk mengangkat kerusi dan meja ke atas.

14. Restoran Cannibalistic (JAPAN)

Cannibalistic Restaurant (Japan)Cannibalistic Restaurant (Japan)2
“Nyotaimori” adalah nama restoran ini yang merujuk kepada tubuh wanita. Restoran ini menyajikan makanan seperti Japanese Sushi dan Sashimi. Makanan itu akan dihidangkan pada tubuh wanita yang kononnya mati (mayat). Mayat ataupun tubuh wanita itu sebenarnya diperbuat daripada bahan makanan dan akan ditempatkan di tilam seolah-olah dihospital. Yang unik dan anehnya tubuh itu akan mengalami pendarahan apabila kita menghirisnya dan sudah tentunya keseluruhan bahagian badan boleh dimakan.

15. Restoran Tandas (TAIWAN)

Toilet Restaurant (Taiwan)Toilet Restaurant (Taiwan)2toilet_restaurant_1
Restoran tandas atau lebih dikenali Modern Toilet Restaurant. Restoran ini berkonsepkan ala-ala Jepun-Taiwan. Makanan yang popular direstoran ini ialah Shabu Shabu, yang disajikan dengan sayuran, sup, dan nasi. Tetapi ada juga Shabu Shabu yang disajikan dengan daging lembu dan daging khinzir. Yang aneh dan pelik dengan restoran ini setiap makanan datangnya dari mangkuk tandas yang direka khas dan konsep dalamannya juga menyerupai sebuah tandas.

KakiHeboh.Com : Nak makan kat restoran mana ye?? hmmm…..

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment