≡ Menu

[SEMASA] Bayi Yang Berusia 31 Tahun




Seorang lelaki yang berusia 31 tahun bernama Stanley Thornton sebenarnya berada dalam kategori golongan dewasa tetapi beliau kini hidup dalam dua jenis kehidupan iaitu menjadi seorang yang dewasa dan matang ketika berada di luar rumah serta akan menjadi seorang bayi ketika hanya berada di dalam rumahnya. Keadaan sebenar beliau berkaitan dengan psikologi yang dipanggil sebagai “fetish“.

The30yearoldadultbaby

30. Stanley smiles in high chair.JPG

Rutin harian Thornton di rumah adalah akan tidur di tempat tidur bayi yang besar setiap malam, berpakaian bayi, bermain permainan bayi, makanan bayi, dan sebagainya! Pada waktu pagi pula, “penjaganya” akan menyediakan botol susu dan menyuap bayi berusia 31 tahun ini makan. Lain pula ceritanya apabila Thornton ingin keluar dari rumah untuk tujuan lain seperti bersiar-siar dan sebagainya. Untuk menyingkatkan cerita, beliau akan bertukar dari memakai pakaian bayi kepada pakaian orang dewasa yang normal apabila ingin berada di luar kawasan rumahnya.

Stanley+Thronton+the+31-year-old+baby

Foto 0546

baby-man3_1475641a

Kisah Thornton semasa berusia 13 tahun masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatannya iaitu Thronton dipukul dan didera oleh orang tuanya. Sejak dari itu, Thornton mempunyai masalah kencing malam dan terpaksa memakai lampin sehingga kini. Ketika umurnya mencapai 20 tahun, Sandra Diaz yang merupakan ibu saudaranya tinggal bersama-sama dengan Thornton. Wanita ataupun yang dipanggil sebagai penjaga dalam entri ini bukanlah ibu kandung sebenar Thornton, tetapi adalah ibu saudaranya yang terlalu amat sayangkan Thornton.

article-1383496-0BE76EE900000578-147_634x342

Stanley-Thornton-baby-550x309

32. Stnaley drinks from Bottle with Carer1.jpg

Thornton pernah bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan sebelum ini, tetapi selepas satu kemalangan di tempat kerja, beliau kini menerima faedah hilang upaya untuk keadaan jantungnya yang lemah. “Saya suka dilayan seperti seorang bayi kerana hanya untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang, keselamatan yang amat saya dahagakan.” , kata Thornton.

aBEL Rubella : Kalau la dia mintak “nenen” camne? Siapa nak jawab? hahaha!! Anda boleh baca kisah penuh hidupya di sini. Ingin berkawan dengan Stanley Thornton di facebook? Add sini!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment