≡ Menu

[SEMASA] Cara Mengelak Gejala Meniru Di Sekolah




Meniru sememangnya telah menjadi isu di semua tempat institusi pengajian. Tidak kira di sekolah, kolej mahupun universiti, isu ini tetap menjadi masalah utama. Guru-guru di sekolah menengah yang terletak di Whuhan, negara China telah cuba dengan idea yang unik untuk mengelakkan gejala meniru yang semakin menjadi-jadi di sekolah mereka. Ianya dengan meletakkan murid-murid mereka yang mengambil ujian atau peperiksaan di luar bangunan sekolah.

01

Jika di negara Barat, ibu bapa kepada murid-murid pasti akan membantah kerana ia sebenarnya melanggar hak asasi manusia. Tetapi, inilah satu-satunya cara yang berkesan untuk menggagalkan cubaan meniru semasa peperiksaan. Ia mungkin akan kelihatan seperti idea ini begitu terdesak untuk mengelakkan pelajar mereka meniru. Namun, kaedah ini berhasil! Tambahan pula, mereka akan diperhatikan oleh guru yang bertugas untuk mengawasi mereka sepanjang peperiksaan dijalankan.

02

Di luar bangunan seperti dalam gambar, terdapat lebih banyak ruang yang menjauhkan murid supaya mereka tidak dapat menghulurkan kepala untuk melihat jawapan, tidak boleh membisik, memberikan simbol gerak geri dan sebagainya. Diperketatkan lagi dengan guru rondaan dari meja ke meja dan beberapa guru yang melihat dari kawasan yang agak tinggi untuk memerhatikan mana-mana murid yang agak mencurigakan.

03

aBEL Rubella : Buat cikgu-cikgu yang telah membaca entri ini, boleh cuba bagi cadangan ni dekat guru besar atau pengetua.. hehe  😀 comfirm naik pangkat!!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment