≡ Menu

[SEMASA] Denda Pelanggan Jika Makanan Tidak Habis

Pembaziran makanan merupakan satu perkara yang amat berat dan merupakan satu isu yang paling kita tidak sedari selama ini. Perkara ini merupakan hakikat dimana kita semua ada lakukan ketika membuat pesanan untuk menu makan semasa di restoren. Biasa la, godaan bila lapar ni susah nak dipertikaikan bukan?

marmar01

Salah satu restoran yang prihatin terhadap pembaziran makanan ini telah mengambil langkah untuk menangani masalah ini. Buat pelanggan yang tidak menghabiskan makanan yang dipesannya, mereka akan dikenakan bayaran tambahan yang amat mahal. Bil mereka akan meningkat melebihi harga menu makanan yang dipesan. Wang yang diperoleh melalui denda ini akan didermakan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kekurangan makanan.

marmar02

Fahad Al Anezi merupakan pemilik kepada Restoran Marmar yang terletak di Bandar Dammam, Arab Saudi. Beliau berkata, langkah ini merupakan salah satu langkah terbaik untuk menghentikan pembaziran makanan dan mengurangkan sikap boros oleh pelanggan. Ideanya ini telah disahkan dan diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan sebenarnya ia tidak membebankan pelanggan lansung malah membantu pelanggan.

aBEL Rubella : Bangaimana idea ini boleh timbul untuk mengenakan denda kepada pelanggan yang membazir? Cuba kita pintas secara lansung tentang masalah kebuluran di Somalia. Berapa ramai manusia yang mati kebuluran? Anda jawab sendiri.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment