≡ Menu

[SEMASA] Fenomena Letusan Matahari

Fenomena letusan matahari amat menakjubkan dan ianya telah berlaku tanpa kita sedari pada tarikh 17 April 2012 (tarikh Malaysia) yang baru sahaja berlalu. Semasa fenomena ini sedang berlaku pada bahagian timur laut matahari, gambar fenomena letusan matahari tersebut telah berjaya ditangkap oleh Balai Cerap Dinamik NASA.

Letusan Matahari..

Letusan Matahari..

Letusan Matahari..

letusan matahari

Fenomena sebigini sering kali dikaitkan dengan berlakunya ribut di matahari. Dalam kes letusan matahari kali ini, NASA telah meletakkannya sebagai dalam kelas M1 iaitu sederhana dan tidak merbahaya kepada penduduk bumi. Bebola api yang dikeluarkan oleh letusan matahari itu juga tidak dihalakan ke arah bumi.

letupan matahari

cetusan matahari

Terdapat skalanya yang tersendiri untuk mengukur kekuatan letusan di matahari. Antara yang dikelaskan sebagai letusan yang paling kuat adalah sebagai kelas C, M dan X. Ribut yang berlaku di matahari dalam kelas X akan memberi kesan yang buruk kepada penduduk bumi kerana ianya menghala ke arah bumi.

fenomena

fenomena matahari

Senario cetusan matahari iaitu fakta menarik yang dikeluarkan oleh Lukas Barnard daripada University of Reading yang berceritakan tentang aktiviti solar akan sentiasa merosot dan ia akan membawa sinar kosmik. Secara tidak lansung bumi telah didera oleh 8 letusan matahari untuk setiap abad.

aBEL Rubella : Bayangkan kalau bola api dari letusan ni menghala ke bumi.. Ape jadi?

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment