≡ Menu

[SEMASA] Gadis Ketagih Makan Span Dan Sabun




Sebelum ini, ada kami tulis tentang entri [SEMASA] Remaja Ketagih Makan Sabun. Pada entri kali ini berceritakan pula tentang seorang gadis berusia 21 tahun yang bernama Kerry Trebilcock yang berasal dari Cornwall. Gadis muda ini ketagih untuk makan sabun serta span. Sehingga kini, dia telah memakan dalam lingkungan 4,000 keping span dan lebih 100 buku sabun.

Kerry-Trebilcock-sponges2

Sebelum 2008, Kerry makan makanan biasa seperti manusia yang normal. Pada satu hari, gadis ini telah bercuti di Maghribi dan menerima jangkitan cacing tambang pada ususnya. Sejak itulah bermulanya tabiat nafsu makannya menjadi bertambah buruk. Pada mulanya, beliau hanya ketagih terhadap makanan ringan sahaja. Tetapi, pada satu hari, dia cuba makan secebis span dengan bantuan air untuk menelan dan akhirnya rasa lapar gadis ini dikatakan hilang.

Kerry-Trebilcock-sponges-550x395

Pada tahun 2009, gadis ini yang pada mulanya merahsiakan pemakanannya akhirnya cuba memberanikan diri untuk mendapat khidmat nasihat daripada doktor dan ia diberitahu yang sistem pencernaannya boleh rosak teruk jika pemakanannya diteruskan sebegini. Namun, Kerry masih mempunyai harapan untuk pulih dengan bantuan kaunseling dan pengambilan vitamin serta ubat.

aBEL Rubella : Dia berazam untuk berhenti makan span dan sabun demi kesihatannyer..

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment